TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA PEMBAYARAN ONE-OFF

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA PEMBAYARAN ONE-OFF

SARA untuk semua secara one-off tahun 2026 akan dilaksanakan dalam masa terdekat, dan akan memanfaatkan seramai 22 juta rakyat Malaysia untuk digunakan sebagai persediaan sambutan Ramadhan dan Tahun Baru Cina.

Bilakah tarikh bayaran bantuan sara one off 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN RM100 ONE OFF 2026 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN

BANTUAN SARA ONE OFF 2026

Bantuan RM100 SARA ONE-OFF ialah bantuan Kerajaan secara sekali bayaran kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun sebagai persiapan untuk sambutan Ramadhan dan Tahun Baru Cina.

Program Bantuan SARA ONE-OFF dilaksanakan seperti berikut :

Nama ProgramSARA UNTUK SEMUA
Jumlah Bantuan (RM)100.00 (ONE-OFF)
Syarat KelayakanSemua warganegara Malaysia (berusia 18 tahun dan ke atas) tanpa mengira pendapatan
Cara PembayaranPengkreditan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF 2026

Bantuan SARA ONE OFF RM100 akan dikreditkan pada tarikh berikut, dan sah digunakan pada bila-bila masa untuk membeli barangan keperluan asas di pasar raya dan kedai berdaftar dalam tempoh masa berikut :

TARIKH PEMBAYARANTARIKH LUPUT KREDIT
9 Februari 202631 Disember 2026

BANTUAN SARA BULANAN DAN SARA ONE-OFF

Pelaksanaan Program SARA bulanan dan SARA one-off adalah berbeza seperti berikut :

SARA BULANANSARA ONE-OFF
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA)Program SARA UNTUK SEMUA
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) & Berstatus eKasih Semua Rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas, tanpa mengira pendapatan
Bermula RM50 sehingga RM200
(mengikut kelayakan penerima)
RM100
Pembayaran Setiap Bulan (12 Bulan)
Bermula Januari sehingga Disember
Sekali Bayaran (ONE-OFF)
Pengkreditan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerimaPengkreditan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima
Bantuan Tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)Bantuan Sempena Sambutan/Acara tertentu Seperti Sambutan Ramadhan

SEMAK STATUS BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF

Status Kelayakan Penerima SARA ONE OFF boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF) : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF).
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status SARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF) : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : SARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF)
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 09/02/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Baki (RM) : 100.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. ⁠Selesai.

CARA PERMOHONAN BANTUAN SARA ONE OFF 2026

Bantuan SARA ONE-OFF RM100 tidak memerlukan sebarang permohonan kerana kelayakan adalah secara automatik sekiranya anda merupakan Rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas, dan duit bantuan akan dikreditkan terus ke MyKad (Kad Pengenalan) penerima.

CARA GUNA DUIT BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF 2026

Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran SARA ONE OFF.
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label SARA MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran SARA MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA ONE OFF.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

Untuk menggunakan kredit Bantuan RM100 ONE OFF, penerima boleh mengunjungi kedai yang berdaftar seperti berikut :

  • Pasar Raya Besar : Mydin, Giant, Lotus’s (Tesco)
  • Kedai Runcit : 99 Speedmart, dan Pasar Mini terpilih.

Senarai penuh boleh di semak di : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20-%20STR%20dan%20SARA%202026.pdf

Leave a Comment