TARIKH BAYAR WANG BANTUAN TUNAI STR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN PERINGKAT FASA 1
Peringkat pertama (1) bayaran Bantuan Tunai STR bakal dilaksanakan pada awal tahun 2026 bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup hampir 9 juta rakyat Malaysia yang merupakan penerima yang memenuhi kelayakan ditetapkan.
Bilakah tarikh bayar wang Bantuan Tunai STR kepada penerima yang layak? Rujuk maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : BILAKAH SEMAKAN STATUS SARA 2026 : UNTUK CEK LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR MYKASIH
TARIKH BAYAR WANG BANTUAN TUNAI STR 2026
Kerajaan akan membayar wang Bantuan Tunai STR secara berperingkat dari Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 pada tarikh-tarikh yang berbeza seperti berikut :
- Peringkat Fasa 1 :
- Dijangka dibayar pada Januari – Februari 2026.
- Peringkat Fasa 2 :
- Dijangka dibayar pada Mac – April 2026.
- Peringkat Fasa 3 :
- Dijangka dibayar pada Ogos 2026.
- Peringkat Fasa 4 :
- Dijangka dibayar pada November 2026.
*Namun, tarikh bayaran dari Fasa 1 hingga Fasa 4 akan dikemaskini semula apabila diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF) dari semasa ke semasa.
JUMLAH WANG BANTUAN TUNAI STR 2026
Wang Bantuan Tunai STR akan diagihkan dengan jumlah yang berbeza kepada setiap penerima seperti berikut :
- Isi Rumah B40 :
- Tiada anak terima sebanyak RM700 setahun.
- 1 – 2 anak terima sebanyak RM1,200 setahun.
- 3 – 4 anak terima sebanyak RM1,700 setahun.
- 5 anak / lebih terima sebanyak RM2,200 setahun.
- Isi Rumah M40 :
- Tiada anak terima sebanyak RM200 setahun.
- 1 – 2 anak terima sebanyak RM450 setahun.
- 3 – 4 anak terima sebanyak RM700 setahun.
- 5 anak / lebih terima sebanyak RM950 setahun.
- Warga Emas :
- Tiada pasangan & tiada anak terima sebanyak RM600 setahun.
- Bujang B40 :
- Diganti dengan bayaran Bantuan SARA sebanyak RM600 hingga RM1,200 setahun.
*Setiap kategori akan terima bayaran Bantuan SARA selama setahun.
CARA TERIMA WANG BANTUAN TUNAI STR 2026
Wang Bantuan Tunai STR akan diterima oleh setiap penerima yang layak melalui cara-cara berikut :
- Penerimaan secara terus di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank / status ‘gagal kredit’; atau
- Penerimaan melalui akaun bank penerima / akaun bank pasangan menerusi sistem ‘IBG Fund Transfer‘.
SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI STR 2026
Rujuk panduan lengkap cara semak status kelayakan permohonan Bantuan Tunai STR seperti di bawah :
- Sila layari Portal Rasmi STR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan Bantuan Tunai STR akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]