TARIKH BAYAR WANG BANTUAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BAYARAN SEMASA FASA 1
Peringkat pertama bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah Fasa satu (1) yang akan dilaksanakan dengan jumlah yang berbeza bergantung kepada kategori dan status kelayakan penerima.
Bagaimanakah semakan status kelayakan & bila tarikh bayar wang Bantuan STR? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN EKASIH 200 2026 : PEMOHON YANG LAYAK AKAN TERIMA BANTUAN DALAM MYKAD SETIAP BULAN – SEMAK SEKARANG
NILAI WANG BANTUAN STR 2026
👩❤️👨 Penerima Berstatus Isi Rumah (Berpasangan / Ibu bapa Tunggal) :
- Isi Rumah Pendapatan Rendah (B40) :
- RM700 – Tiada (0) anak.
- RM1,200 – 1 hingga 2 anak.
- RM1,700 – 3 hingga 4 anak.
- RM2,200 – 5 anak ke atas.
- Isi Rumah Pendapatan Sederhana (M40) :
- RM200 – Tiada (0) anak.
- RM450 – 1 hingga 2 anak.
- RM700 – 3 hingga 4 anak.
- RM950 – 5 anak ke atas.
🧍 Penerima Berstatus Bujang (Belum Kahwin / Balu / Duda / Janda) :
- Bujang Umur 21 hingga 59 tahun :
- Tiada bayaran STR – Diganti bayaran SARA.
- Bujang Umur 60 tahun ke atas :
- RM600 – Tiada (0) anak cukup syarat.
METOD BAYAR WANG BANTUAN STR 2026
Penerima yang layak akan terima wang Bantuan STR melalui dua (2) metod berikut :
🏦 Melalui Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) :
- Penerima yang tiada akaun bank, status ‘Gagal Kredit Dalam Akaun Bank’ dan penerima di pedalaman Sabah dan Sarawak akan menerima wang Bantuan STR secara tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.
📱 Melalui Akaun Bank Penerima / Bank Pasangan :
- Penerima yang mempunyai akaun bank serta memasukkan maklumat akaun dalam permohonan akan terima wang Bantuan STR secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank masing-masing.
TARIKH BAYAR WANG BANTUAN STR 2026
Wang Bantuan STR akan diberikan mengiku tarikh-tarikh bayaran seperti berikut :
- Fasa 1 : Februari 2026 – Mungkin Sebelum Perayaan Tahun Baru Cina.
- Fasa 2 : Mac / April 2026 – Mungkin Sebelum / Selepas Perayaan Aidilfitri.
- Fasa 3 : Ogos 2026 – Mungkin Sebelum Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69.
- Fasa 4 : November 2026 – Mungkin Sebelum Perayaan Deepavali.
*Tarikh akan berubah dari semasa ke semasa tertakluk kepada pindaan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan kami akan dikemaskini semula.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN STR 2026
Status kelayakan sebagai penerima Bantuan STR untuk tahun 2026 boleh disemak online mengikut panduan lengkap di bawah :
👉 Pautan Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Sila layari pautan Portal Rasmi seperti yang tertera di atas.
- Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Log Masuk].
- Isi ruangan yang disediakan dengan [No. Kad Pengenalan].
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- ‘Kata Kunci Keselamatan’ akan dipaparkan.
- Jika nama anda dipaparkan, klik butang [Ya].
- Masukkan [Kata Laluan] dengan betul.
- Seterusnya, klik pula butang [Log Masuk].
- Pada Dashboard pemohon, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima Bantuan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT BANTUAN STR
Dalam artikel ini, pihak kami hanya menyampaikan sedikit info berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Jika ingin mengetahui info lebih lanjut, sila layari Portal Rasmi STR atau hubungi pihak STR seperti di bawah :
- Pautan Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Talian Rasmi STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian Rasmi STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566