TARIKH BAYAR STR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

TARIKH BAYAR STR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Dalam Belanjawan 2025, Kerajaan MADANI telah meningkatkan kadar peruntukan sebanyak RM13 billion untuk disalurkan kepada rakyat dalam bentuk wang tunai melalui inisiatif Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang disalurkan secara berperingkat mengikut empat (4) fasa.

Bagaimanakah semak tarikh bayar STR? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : EKASIH SEMAKAN STATUS : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

TARIKH BAYAR STR 2025

Pembayaran Bantuan STR adalah mengikut tarikh seperti berikut :

PELAKSANAAN FASATARIKH BAYARAN
Fasa 122 Januari hingga 28 Januari 2025
Fasa 224 Mac hingga 27 Mac 2025
Fasa 3Minggu kedua bulan Ogos 2025
Fasa 4Belum diketahui
*Nota : Tarikh bayaran STR bagi fasa 3 dan 4 adalah bergantung kepada pindaan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan akan dimaklumkan secara rasmi nanti.

JUMLAH BAYAR STR 2025

Pada tahun 2025, Bantuan STR dibayar sebanyak jumlah berikut :

KATEGORI ISI RUMAH :

  • Isi Rumah B40 dan M40 berpasangan (ada / tiada anak) atau ibu / bapa tunggal (ada anak) :
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BAYARAN STR
Isi Rumah B40
(Pendapatan bawah RM2,500)
Tiada anak : RM1,000
1 – 2 anak : RM1,500
3 – 4 anak : RM2,000
5 dan ke atas : RM2,500
Isi Rumah M40
(Pendapatan RM2,501 – RM5,000)
Tiada anak : RM500
1 – 2 anak : RM750
3 – 4 anak : RM1,000
5 dan ke atas : RM1,250

KATEGORI BUJANG :

  • Bujang / balu / duda / janda tiada anak :
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BAYARAN STR
Bujang Umur 21 hingga 59 tahunRM600
Bujang Umur 60 tahun dan ke atasRM600

*Nota : Untuk mengetahui jumlah bayaran yang akan diterima pada setiap fasa, penerima perlu menyemak pada portal rasmi STR.

CARA BAYAR STR 2025

Cara bayaran Bantuan STR adalah seperti berikut :

JENIS PENERIMACARA BAYARAN STR
Ada Akaun BankDikreditkan terus ke dalam akaun bank
penerima mengikut nombor akaun
yang didaftarkan
Tiada Akaun BankDiberikan secara tunai di kaunter
cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
terdekat termasuk Sabah dan Sarawak
Status ‘Gagal Kredit’Diberikan secara tunai di kaunter
cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
terdekat termasuk Sabah dan Sarawak

SEMAKAN STATUS STR 2025

Sila layari pautan Portal Rasmi STR di bawah untuk semakan status kelayakan penerima dan maklumat bayaran :

PORTAL RASMIPAUTAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)https://bantuantunai.hasil.gov.my
  1. Pada halaman utama STR, klik [Tutup] untuk ‘pemakluman terkini’.
  2. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  10. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  11. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.

Leave a Comment