TARIKH BAYAR MYSTR 2026 : SEMAKAN STATUS LULUS ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN FASA 1 STR

TARIKH BAYAR MYSTR 2026 : SEMAKAN STATUS LULUS ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN FASA 1 STR

Pemohon-pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang memenuhi syarat serta kriteria kelayakan yang ditetapkan dijamin lulus dan akan terima bayaran secara berperingkat selama empat (4) fasa bermula dengan Fasa 1 pada awal tahun 2026.

Bilakah tarikh bayar MySTR & bagaimana cara semakan status lulus atau tidak? Sila baca info penuh di bawah.

BACA JUGA : SEMAK ONLINE PLKN 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

JUMLAH PENERIMA MYSTR 2026

Walaupun Kerajaan menyasarkan Bantuan MySTR kepada seramai 9 juta rakyat. Namun, untuk bayaran Fasa 1 mungkin hanya seramai 8.5 juta sahaja yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan serta berjaya lulus dalam permohonan pertama.

*Bagaimanapun, jumlah penerima untuk Fasa 1 masih belum dinyatakan oleh Kerajaan.

KAEDAH BAYAR MYSTR 2026

Pihak Kerajaan akan mengekalkan kaedah bayaran Bantuan MySTR kepada semua penerima sama seperti tahun-tahun sebelum ini kerana ia memudahkan rakyat menerima bayaran.

  • Dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) – Bagi penerima yang tidak melengkapkan maklumat akaun bank semasa permohonan STR atau memasukkan maklumat akaun bank bukan atas nama sendiri atau tiada akaun bank yang aktif.
  • Dibayar secara pengkreditan tunai melalui pelbagai jenis bank – Bagi penerima yang mempunyai akaun bank aktif serta memasukkan maklumat akaun bank semasa permohonan STR.

TARIKH BAYAR MYSTR 2026

Bayaran MySTR Fasa 1 kemungkinan dilaksanakan pada bulan Februari bagi membantu rakyat yang berbangsa Cina membuat persiapan bagi perayaan Tahun Baru Cina dan rakyat berbangsa Melayu yang beragama Islam membuat persiapan menyambut bulan Ramadan.

  • Fasa 1 : 🗓️ Februari 2026.

*Nota : Tarikh bayaran Fasa 1 adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan akan dikemaskini kembali.

NILAI AMAUN MYSTR 2026

Berikut merupakan nilai amaun Bantuan MySTR yang akan dibayar untuk tahun 2025 :

  • Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) akan terima :
    • Tiada anak : RM700.
    • 1 – 2 anak : RM1,200.
    • 3 – 4 anak : RM1,700.
    • 5 anak & ke atas : RM2,200.
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 (M40) akan terima :
    • Tiada anak : RM200.
    • 1 – 2 anak : RM450.
    • 3 – 4 anak : RM700.
    • 5 anak & ke atas : RM950.
  • Warga Emas Pendapatan Bawah RM5,000 & Tiada Pasangan akan terima :
    • RM600.
  • Bujang / Balu / Duda / Janda (tiada anak) akan terima :
    • Tidak akan terima bayaran STR kerana diganti dengan bayaran SARA sahaja.

*Nilai bayaran untuk Fasa 1 masih belum diketahui dan akan dikemaskini kembali.

SEMAKAN STATUS MYSTR 2026

Bagi yang telah memohon serta telah kemaskini permohonan yang baru kini boleh menyemak status kelayakan untuk tahun permohonan tersebut telah diterima dan disahkan atau belum. Ikuti cara semakan di bawah :

  1. Klik terus pada pautan laman web rasmi MySTR di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  3. Masukkan no Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
  4. Kemudian, klik butang [Semak].
  5. Paparan seterusnya adalah [Kata Kunci Keselamatan].
  6. Jika nama yang dipaparkan sebagai kata kunci adalah betul, klik butang [Ya].
  7. Seterusnya, masukkan [Kata Laluan] yang betul.
  8. Klik pada butang [Log Masuk].
  9. Dashboard akan dipaparkan.
  10. Untuk semakan, sila klik butang [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan permohonan STR akan dipaparkan.
  12. Selesai.

RUJUKAN MYSTR

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment