TARIKH BAYAR DUIT STR 2026 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA YANG AKAN TERIMA BAYARAN BAGI FASA 1

TARIKH BAYAR DUIT STR 2026 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA YANG AKAN TERIMA BAYARAN BAGI FASA 1

Duit peruntukan untuk tahun 2026 sebanyak RM15 billion diperoleh daripada hasil penjimatan subsidi petrol RON 95 yang akan diagihkan kepada 9 juta rakyat melalui bayara Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) untuk sepanjang tahun 2026.

Bagaimanakah cara semak kelayakan penerima bayar duit STR 2026? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYKASIH RM100 2026 : PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS ONLINE

TARIKH BAYAR DUIT STR 2026

Kerajaan masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan ‘Tarikh Bayaran STR 2026’. Namun, ianya dijangka akan dibayar mengikut fasa seperti berikut :

  • Fasa 1 dijangka dibayar pada Februari 2026 :
    • Mungkin sebelum perayaan Tahun Baru Cina & sebelum menyambut bulan Ramadan.
  • Fasa 2 dijangka dibayar pada Mac / April 2026 :
    • Mungkin sebelum / selepas perayaan Aidilfitri.
  • Fasa 3 dijangka dibayar pada Ogos 2026 :
    • Mungkin sebelum sambutan Hari Kebangsaan ke-69.
  • Fasa 4 dijangka dibayar pada November 2026 :
    • Mungkin sebelum perayaan Deepavali.

*Tarikh di atas akan dikemaskini kembali.

TATA CARA BAYAR DUIT STR 2026

Terdapat dua (2) tata cara bayaran duit Bantuan STR kepada penerima yang layak seperti berikut :

  1. Cara Bayaran Bantuan STR Kepada Penerima Ada Akaun Bank :
    • Penerima yang ada akaun bank yang aktif serta memasukkan maklumat perbankan yang lengkap dalam permohonan akan terima bayaran Bantuan STR secara pengkreditan terus melalui sistem ‘IBG Fund Transfer’ dari Kerajaan.
  2. Cara Bayaran Bantuan STR Kepada Penerima Tiada Akaun Bank :
    • Penerima yang tiada akaun bank atau tidak memasukkan maklumat perbankan yang lengkap dalam permohonan perlu menuntut bayaran Bantuan STR secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

JUMLAH BAYAR DUIT STR 2026

Jumlah bayaran Bantuan STR adalah bergantung kepada kategori dan tanggungan penerima seperti berikut :

  1. Kategori Isi Rumah :
    • Isi Rumah B40 :
      • RM700 (tiada anak).
      • RM1,200 (1-2 anak).
      • RM1,700 (3-4 anak).
      • RM2,200 (5 anak ke atas).
    • Isi Rumah M40 :
      • RM200 (tiada anak).
      • RM450 (1-2 anak).
      • RM700 (3-4 anak).
      • RM950 (5 anak ke atas).
  2. Kategori Bujang :
    • Bujang Umur 21 – 59 tahun :
      • Tiada. (Diganti SARA).
    • Bujang Umur 60 tahun ke atas :
      • RM600.

SEMAK KELAYAKAN PENERIMA STR 2026

Sila klik pada pautan Portal Rasmi STR yang tertera di bawah untuk semak kelayakan sebagai penerima STR bagi tahun 2026 :

📥 Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Selepas klik pautan Portal Rasmi STR, ikuti panduan cara semak kelayakan seperti berikut :

  1. Pada halaman utama STR, sila klik butang [Log Masuk].
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
  3. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  4. Nama anda akan dipaparkan sebagai [Kata Kunci Keselamatan].
  5. Jika ianya betul, sila klik butang [Ya].
  6. Seterusnya, masukkan [Kata Laluan] yang betul.
  7. Klik terus pada butang [Log Masuk].
  8. Dashboard pemohon akan dipaparkan jika berjaya log masuk.
  9. Untuk semak kelayakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  10. Status kelayakan penerima STR akan dipaparkan.
  11. Selesai.

PERINCIAN LANJUT STR

Segala maklumat berkaitan Bantuan STR yang kami tulis di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Namun, jika pihak tuan / puan mempunyai sebarang masalah dan pertanyaan lebih lanjut berkaitan Bantuan STR. Anda boleh rujuk pihak STR yang rasmi untuk perincian lanjut di bawah :

Leave a Comment