TARIKH BAYAR DUIT STR (FASA 3 2025) : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG
Duit daripada hasil penjimatan subsidi dapat diberikan kepada rakyat yang memerlukan melalui inisiatif Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dibayar secara berperingkat melalui empat (4) fasa dan kini bayaran untuk fasa yang ketiga (3) bakal dilaksanakan tidak lama lagi.
Bagaimanakah semakan tarikh bayar duit STR Fasa 3? Ikuti maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK MYKASIH ONLINE TERKINI : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
TARIKH BAYAR DUIT STR (FASA 3 2025)
Duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dibayar pada tarikh :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Penerima Sedia Ada | Akhir Julai sehingga Ogos 2025 (Jangkaan) |
Penerima Baharu | Akhir Julai sehingga Ogos 2025 (Jangkaan) |
JUMLAH BAYAR DUIT STR (FASA 3 2025)
Setiap kategori akan menerima duit bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dengan jumlah yang berbeza seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Isi Rumah B40 (pendapatan RM2,500 ke bawah) | RM150 (0 anak) RM350 (1-2 anak) RM500 (3-4 anak) RM650 (5 ke atas) |
Isi Rumah M40 (pendapatan RM2,501 – RM5,000) | RM100 (0 anak) RM200 (1-2 anak) RM250 (3-4 anak) RM300 (5 ke atas) |
Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM150 |
Bujang | RM150 |
KAEDAH BAYAR DUIT STR (FASA 3 2025)
Untuk memudahkan penerima menerima duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dibayar melalui dua (2) kaedah, iaitu bergantung jenis penerima berikut :
JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Ada Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan |
Tiada Akaun Bank | Diberikan secara tunai di kaunter mana- mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA DUIT STR (FASA 3 2025)
Status kelayakan penerima duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) hanya boleh disemak melalui pautan Portal Rasmi di bawah :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my |
Ikuti panduan semakan status kelayakan penerima duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 seperti berikut :
- Layari puatan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Halaman utama Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dipaparkan.
- Bagi yang mempunyai akaun MyDigital ID, sila klik pada butang [Log Masuk Dengan MyDigital ID]; atau
- Bagi yang tidak mempunyai akaun MyDigital ID, sila log masuk secara manual.
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Klik butang [Semak] untuk pengesahan nombor kad pengenalan.
- ‘Kata Kunci Keselamatan’ akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh kunjungi pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
- Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Alamat e-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.