TARIKH BAYAR BANTUAN STR FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Isi rumah, Warga Emas dan Bujang yang memenuhi kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh mengetahui maklumat berkaitan bayaran fasa ketiga (3) yang akan dibayar tidak lama lagi.
Bagaimanakah semakan tarikh bayar Bantuan STR Fasa 3? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : EKASIH SEMAKAN STATUS : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
TARIKH BAYAR BANTUAN STR FASA 3 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dijangka bermula pada minggu kedua (2) bulan Ogos. Namun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini semula apabila ianya diumumkan secara rasmi.
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Penerima Sedia Ada dan Baharu | Minggu Kedua Bulan Ogos 2025 |
KADAR BAYAR BANTUAN STR FASA 3 2025
Setiap penerima sedia ada yang akan menerima kadar bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 sebanyak berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
ISI RUMAH B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) | Tiada Anak : RM150.00 1 / 2 Anak : RM350.00 3 / 4 Anak : RM500.00 5 Anak Ke atas : RM650.00 |
ISI RUMAH M40 (Pendapatan Bawah RM5,000) | Tiada Anak : RM100.00 1 / 2 Anak : RM200.00 3 / 4 Anak : RM250.00 5 Anak Ke atas : RM300.00 |
WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | RM150.00 |
BUJANG | RM150.00 |
CARA BAYAR BANTUAN STR FASA 3 2025
Cara bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 adalah melalui berikut :
PENERIMA ADA AKAUN BANK | PENERIMA TIADA AKAUN BANK |
---|---|
Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan | Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) termasuk di Sabah dan Sarawak |
SEMAKAN STATUS BANTUAN STR FASA 3 2025
Untuk semakan status kelayakan dan maklumat bayaran Fasa 3, layari pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my |
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.