TARIKH BANTUAN STR 2026 DIBAYAR : PEMOHON BERSTATUS LAYAK AKAN DAPAT BAYARAN SEMASA FASA 1 – SEMAK STATUS SEGERA

TARIKH BANTUAN STR 2026 DIBAYAR : PEMOHON BERSTATUS LAYAK AKAN DAPAT BAYARAN SEMASA FASA 1 – SEMAK STATUS SEGERA

Pemohon yang memenuhi kriteria kelayakan serta berstatus ‘Lulus’ semasa membuat semakan, bakal menerima pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara berfasa bermula fasa permohonan bantuan mula diluluskan.

Bilakah tarikh bantuan str 2026 dibayar? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BAYARAN BANTUAN STR 2026 : SEMAK TARIKH RASMI DUIT MASUK KEPADA PEMOHON YANG LAYAK & JUMLAH PEMBAYARAN AKAN DITERIMA SEMASA FASA 1

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2026

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :

  • Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

KADAR BANTUAN STR 2026 DIBAYAR

Amaun Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH KELAYAKAN SETAHUN
Isi rumah berpendapatan
RM2,500 ke bawah
Tiada Anak : RM700
1 hingga 2 Anak : RM1,200
3 hingga 5 Anak : RM1,700
5 Anak dan Ke atas : RM2,200
Isi rumah berpendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada Anak : RM200
1 hingga 2 Anak : RM450
3 hingga 5 Anak : RM700
5 Anak dan Ke atas : RM950
Warga emas tiada pasanganRM600
BujangBantuan diganti dengan Bantuan SARA

Jumlah bantuan di atas merupakan kadar kelayakan maksimum yang akan diterima oleh penerima bagi tahun 2026.

TARIKH BANTUAN STR 2026 DIBAYAR

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan dilaksanakan secara empat (4) fasa pembayaran seperti berikut :

  • Fasa Satu (1) : Tarikh bayaran belum diumumkan, dan dikemas kini dari semasa ke semasa
  • Fasa Dua (2) : Tarikh bayaran belum diumumkan, dan dikemas kini dari semasa ke semasa
  • Fasa Tiga (3) : Tarikh bayaran belum diumumkan, dan dikemas kini dari semasa ke semasa
  • Fasa Empat (4) : Tarikh bayaran belum diumumkan, dan dikemas kini dari semasa ke semasa

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PEMOHON

Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 1 boleh di semak secara online seperti berikut :

PORTAL RASMIPAUTAN
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
  12. Peti Mel.
  13. ⁠Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  14. Selesai.

CARA BANTUAN STR 2026 DIBAYAR

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :

  • Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
    • Tiada Maklumat akaun bank; atau
    • Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment