TARIKH AKHIR ANDA BOLEH GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025 : SEMAK SEGERA TARIKH TAMAT
Baki elaun Bantuan SARA yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh dan akan luput secara automatik.
Bilakah tarikh akhir boleh guna duit Bantuan SARA dalam IC? Baca info lebih lanjut di bawah.
TARIKH AKHIR ANDA BOLEH GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025
Walaupun baki Bantuan SARA dibawa ke bulan-bulan seterusnya, penerima perlu tahu tarikh akhir sehingga bilakah Bantuan SARA dalam IC boleh digunakan untuk tahun 2025.
Berikut adalah tarikh akhir anda boleh guna duit Bantuan SARA dalam IC :
| JENIS BAYARAN | TARIKH AKHIR |
|---|---|
| Bayaran Setiap Bulan | 31 Disember 2025 |
| Bayaran Sekaligus | 31 Disember 2025 |
JADUAL PENGKREDITAN DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025
Penerima yang layak akan terima pengkreditan duit Bantuan SARA dalam IC secara automatik mengikut jadual seperti di bawah :
| JENIS BAYARAN | TARIKH PENGKREDITAN |
|---|---|
| Bayaran Setiap Bulan (Penerima Miskin) | 15 Januari 2025. 1 Februari 2025. 1 Mac 2025. 1 April 2025. 1 Mei 2025. 1 Jun 2025. 1 Julai 2025. 1 Ogos 2025. 1 September 2025. 1 Oktober 2025. 1 November 2025. 1 Disember 2025. |
| Bayaran Setiap Bulan (Penerima Asas) | 1 April 2025. 1 Mei 2025. 1 Jun 2025. 1 Julai 2025. 1 Ogos 2025. 1 September 2025. 1 Oktober 2025. 1 November 2025. 1 Disember 2025. |
| Bayaran Sekaligus (Penerima Miskin, Penerima Asas dan Semua Rakyat Dewasa) | 31 Ogos 2025 |
TIPS GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025
Duit Bantuan SARA boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas. Ikuti tips menggunakan duit Bantuan SARA dalam IC seperti berikut :
- Kunjungi kedai runcit / pasar mini / pasar raya yang menerima bayaran SARA (Sumbangan Asas Rahmah).
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label SARA di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Bayaran menggunakan IC akan disahkan
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam IC.
SENARAI PREMIS BOLEH GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025
Penerima yang disahkan layak boleh menggunakan Bantuan SARA Dalam MyKad di mana-mana 7,300 rakan runcit di seluruh negara termasuk :
- Mydin.
- Giant.
- Econsave.
- The Store.
- Pacific.
- Milimewa.
- 99 Speedmart.
- Lotus Stores (Tesco).
- Lulu Supermarket.
- Serta pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.
*Rujuk senarai premis terpilih berhampiran anda di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list.
SEMAKAN DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025
Duit Bantuan SARA yang ada dalam IC boleh disemak secara online mengikut panduan semakan yang lengkap di bawah :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
- [PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] dan [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off].
- Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] di bawah.
- Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
- Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor IC pada ruang yang disediakan.
- Klik pada butang [Verify you are human].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan bayaran duit Bantuan SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah (SARA) |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 01/04/2025 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2025 |
| Baki (RM) | 200.00 |
MAKLUMAT LANJUT SARA
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]