SYUKUR SABAH FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SYUKUR SABAH FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

100,000 rakyat Sabah layak disahkan layak menerima bantuan tunai di bawah Program SYUKUR, akan menerima pembayaran bantuan secara berperingkat melalui empat kali pelaksanaan bayaran.

Bagaimanakah semakan status syukur sabah fasa 3? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: SENARAI BARANG MYKASIH BOLEH DIBELI : SEMAK SEKARANG

SYUKUR SABAH FASA 3

APA ITU SYUKUR SABAH FASA 3

Bantuan Syukur Sabah merupakan inisiatif kerajaan Negeri Sabah yang memberi bantuan tunai secara berperingkat kepada rakyat berkelayakan bagi tujuan :

  • Menyokong golongan B40 dan Miskin tegar;
  • Mengurangkan beban sara hidup; dan
  • Pengurangan Kemiskinan Tegar.

SIAPA YANG LAYAK?

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya satu tahun;
  • Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

JUMLAH & TARIKH BAYARAN

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah Fasa 2 2025 akan disalurkan seperti berikut:

FASA PEMBAYARANTARIKH BAYARANJUMLAH BAYARAN
Fasa Pertama (1)Januari – Mac 2025RM900
Fasa Kedua (2)April – Jun 2025RM900
Fasa Ketiga (3)September 2025RM900
Fasa Keempat (4)Oktober – Disember 2025 RM900

Nota Penting : Tarikh bayaran SYUKUR Sabah akan dimaklumkan kepada penerima melalui pesanan ringkas SMS di telefon pintar masing-masing.

SYUKUR SABAH FASA 3

Status ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 di : https://syukur.sabah.gov.my/
  2. Halaman utama Portal Semakan Program Sentuhan Kasih Rakyat akan dipaparkan.
  3. Klik [Teruskan] pada pemakluman terkini.
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] diruangan yang disediakan.
  5. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  6. ⁠Status Kelayakan Penerima akan di paparkan di sini ‘Layak’ atau ‘Tidak’.
  7. Sekiranya disahkan ‘Layak’, bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  8. Selesai.

KAEDAH BAYARAN

Bantuan SYUKUR SABAH akan disalurkan seperti berikut:

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
Mempunyai Akaun BankDikreditkan menerusi akaun bank penerima bagi penerima yang mempunyai akaun bank;
Tidak Mempunyai Akaun Bank atau
bersstatus ‘gagal kredit’
Diberikan secara tunai kepada penerima yang tiada akaun bank atau dikreditkan menerusi akaun e-Wallet YONO Superapp

KENAPA SYUKUR SABAH FASA 3 PENTING?

Pelaksanaan Program SYUKUR SABAH penting untuk :

  • Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas;
  • Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa; dan
  • Membantu keluarga berpendapatan rendah menghadapi kos sara hidup yang meningkat.

SOALAN LAZIM (FAQ) SYUKUR SABAH

Berikut merupakan soalan-soalan lazim (FAQ) berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah :

  1. Adakah penerima Fasa 1 & Fasa 2 automatik layak untuk Fasa 3?
    • Ya, penerima akan menerima bayaran Fasa 3 tanpa permohonan baharu diperlukan.
  2. Berapakah amaun bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 3 yang akan diberikan?
    • Setiap penerima yang layak akan menerima sebanyak RM900 untuk Fasa 3 sama seperti pembayaran sebelumnya.
  3. Apakah yang boleh dibeli guna Bantuan SYUKUR Sabah?
    • Pelbagai bentuk barangan keperluan yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan SYUKUR Sabah terutamanya barang keperluan asas.
  4. Bagaimana cara dapatkan maklumat terkini tentang SYUKUR SABAH?
    • Anda boleh mendapatkan maklumat di portal rasmi Kerajaan Negeri Sabah, atau mana-mana platform media rasmi yang SAH.
  5. Bagaimana bantuan SYUKUR disalurkan?
    • Bantuan akan Terus dikreditkan ke akaun bank penerima atau dikreditkan secara tunai bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:

Leave a Comment