SYUKUR SABAH 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Seramai 140,000 rakyat Sabah layak untuk menerima bantuan Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR SABAH) pada tahun 2026, untuk perbelanjaan barangan keperluan asas.
Bagaimanakah semak status kelayakan syukur sabah 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK KELAYAKAN SKAS SARAWAK : LAYAK ATAU TIDAK SEBAGAI PENERIMA 2026
PENGENALAN SYUKUR SABAH
Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) atau SYUKUR SABAH ialah bantuan kewangan khas Kerajaan Negeri Sabah secara bulanan selama 12 bulan kepada rakyatnya yang terdiri daripada golongan B40 dan tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
Tujuan utama pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah untuk :
- Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
- Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah.
- Sebagai tanda keperihatinan dan kasih sayang Kerajaan Sabah kepada rakyatnya.
PROGRAM SYUKUR SABAH 2026
Bantuan PADANS Sabah dilaksanakan seperti berikut :
| Nama Program | Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) |
| Kelayakan | Kelayakan secara automatik berdasarkan Sistem eKasih dan PADANS Sabah |
| Jumlah Bantuan | RM200 (sebulan) / RM600 Setiap Fasa (4 Fasa) |
KELAYAKAN PENERIMA
Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
| KRITERIA | KELAYAKAN |
|---|---|
| Kewarganegaraan | Warganegara Malaysia |
| Had Umur | Berumur 18 tahun ke atas |
| Status Penempatan | Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun |
| Negeri Kelahiran | Kelahiran Sabah; atau Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ (Sabah) |
| Kategori Penerima | Ketua Isi Rumah (KIR) |
| Kadar Pendapatan | Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa |
| Status eKasih | Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) |
Syarat Tambahan :
- Menyediakan Bukti Kediaman seperti Bil Utiliti, Penyata Bank atau Surat Pengesahan Ketua Kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
- Penerima bukan terdiri daripada pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).
Garis Pendapatan Kemiskinan Semasa :
| KATEGORI (ISI RUMAH) | KADAR PENDAPATAN (SEBULAN) | KADAR PER KAPITA (SEBULAN) |
|---|---|---|
| MISKIN | RM2,843 | RM720 |
| MISKIN TEGAR | RM1,257 | RM310 |
KADAR KELAYAKAN SYUKUR SABAH 2026
Setiap penerima yang layak Bantuan Sabah akan terima amaun seperti berikut :
| KADAR SETIAP BULAN | KADAR SETIAP FASA | TOTAL SETAHUN |
|---|---|---|
| RM200 | RM600/Fasa (Setiap 3 Bulan Pembayaran) | RM2,400 |
JADUAL PELAKSANAAN SYUKUR SABAH 2026
Setiap penerima yang layak akan menerima pengkreditan Bantuan Sabah seperti berikut :
| FASA BAYARAN | TARIKH/JADUAL BAYARAN | AMAUN BAYARAN SETIAP FASA |
|---|---|---|
| Fasa 1 (Januari – Mac 2026) | Pembayaran akan dilaksanakan (Februari – Mac 2026) | RM600 |
| Fasa 2 (April – Jun 2026) | Pembayaran akan dilaksanakan (Mei – Jun 2026) | RM600 |
| Fasa 3 (Julai – September 2026) | Pembayaran akan dilaksanakan (Ogos – September 2026) | RM600 |
| Fasa 4 (Oktober – Disember) | Pembayaran akan dilaksanakan (November – Disember 2026) | RM600 |
Tarikh rasmi pengkreditan duit Bantuan Sabah belum diumumkan dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
- Penerima bayaran Fasa 1 dan Fasa 2 adalah terdiri daripada golongan Miskin dan Miskin Tegar yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih dan PADANS setakat 14 Januari 2026.
- Permohonan yang diterima pada 15 Januari 2026 hingga 31 Jun 2026 akan menerima bayaran Fasa 3 dan Fasa 4.
SEMAK STATUS KELAYAKAN SYUKUR SABAH
Status kelayakan penerima Bantuan Sabah boleh di semak secara online seperti berikut :
- Sila layari pautan Portal Rasmi PADANS Sabah : https://padans.sabah.gov.my/
- Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
- Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
- Klik pada butang [Teruskan].
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
KAEDAH BAYARAN SYUKUR SABAH
Pengkreditan duit bantuan sabah kepada penerima adalah seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | MEDIUM BAYARAN |
|---|---|
| Mempunyai akaun bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima |
| Tiada Akaun Bank | Bayaran secara tunai di bank atau Pusat Agihan yang ditetapkan |
INFO LANJUT
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Talian Bantuan: 088 338 338
- Portal Rasmi SYUKUR : https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://padans.sabah.gov.my/home/faq