SYARAT KELAYAKAN SARA 2026 : ADAKAH ANDA LAYAK? REGISTER PERMOHONAN BARU UNTUK ELAK NAMA ANDA TERCICIR SEBAGAI PENERIMA

SYARAT KELAYAKAN SARA 2026 : ADAKAH ANDA LAYAK? REGISTER PERMOHONAN BARU UNTUK ELAK NAMA ANDA TERCICIR SEBAGAI PENERIMA

Bagi mengelakkan berlaku keciciran penerima, rakyat yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan baharu bermula 13 Oktober 2025 di Portal Rasmi dan bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan ke dalam MyKad yang layak secara automatik pada bulan Januari 2026.

Bagaimanakah semakan syarat kelayakan SARA 2026? Rujuk maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 4 2025 : SEMAK SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

📃 SENARAI KEGUNAAN SARA 2026

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan dalam Kad pengenalan penerima adalah khas untuk digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas seperti senarai berikut :

  • Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
  • Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).

👫 SYARAT KELAYAKAN SARA 2026

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan bagi setiap kategori isi rumah, warga emas dan bujang :

  • ISI RUMAH :
SYARATKELAYAKAN
MISKIN
KELAYAKAN
BUKAN MISKIN
WarganegaraMalaysiaMalaysia
Kadar
Pendapatan
Bawah Garis
Kemiskinan semasa
Tidak melebihi
RM5,000 sebulan
Status
Perkahwinan
Berkahwin / berceraiBerkahwin / bercerai
STR & eKasihPenerima STR &
Daftar eKasih
Penerima STR sahaja
  • WARGA EMAS :
SYARATKELAYAKAN
MISKIN
KELAYAKAN
BUKAN MISKIN
WarganegaraMalaysiaMalaysia
Kadar
Pendapatan
Bawah Garis
Kemiskinan Semasa
Tidak melebihi
RM5,000 sebulan
Status
Perkahwinan
Bujang / balu /
duda / janda
Bujang / balu /
duda / janda
STR & eKasihPenerima STR &
Daftar eKasih
Penerima STR sahaja
  • BUJANG :
SYARATKELAYAKAN
MISKIN
KELAYAKAN
BUKAN MISKIN
WarganegaraMalaysiaMalaysia
Kadar
Pendapatan
Bawah Garis
Kemiskinan Semasa
Tidak melebihi
RM2,500 sebulan
Status
Perkahwinan
Bujang / balu /
duda / janda
Bujang / balu /
duda / janda
STR & eKasihPenerima STR &
Daftar eKasih
Pnerima STR sahaja

💲 JUMLAH BAYARAN SARA IKUT KELAYAKAN

Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 adalah mengikut kelayakan penerima seperti berikut :

  • Penerima Miskin & Miskin Tegar :
    • Isi Rumah : RM2,400 setahun.
    • Warga Emas : RM1,200 setahun (anggaran).
    • Bujang : RM600 setahun.
  • Penerima Asas Bukan Miskin :
    • Isi Rumah : RM1,200 setahun.
    • Warga Emas : RM600 setahun.
    • Bujang : RM600 setahun.

🗓️ JADUAL BAYARAN SARA 2026

Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaksanakan secara ansur setiap bulan dan one-off mengikut jadual seperti berikut :

JENIS PENERIMAANTARIKH BAYARAN
Bayaran setiap bulanJanuari – Disember 2026
Bayaran One-offPertengahan Februari 2026
*Lazimnya bayaran adalah setiap 1 hari bulan.

📭 CARA PERMOHONAN SARA 2026

Untuk menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) anda perlulah memohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Ikuti panduan cara permohonan yang lengkap di bawah :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
  3. ⁠Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  6. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. (Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat).
  7. Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    • Pilihan Pekerjaan.
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
    • Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
      • (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠
    • Alamat Surat Menyurat pemohon.
    • Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
    • Masukkan Nombor Akaun Bank.
    • Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  8. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  9. Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
  10. Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  11. ⁠Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  12. Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  13. ⁠Muat naik dokumen Sokongan.
    • Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
  14. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  15. ⁠Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  16. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  17. Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  18. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  19. Selesai.

📝 CARA PENDAFTARAN SARA 2026

Bagi yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan semasa boleh mendaftar eKasih untuk menerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan kadar yang tertinggi. Ikuti panduan pendaftaran di bawah :

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih.
  4. Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
  5. Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
  6. Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian.
  7. Selesai.

📞 RUJUKAN LANJUT SARA

Pihak kami hanya menyediakan artikel ini dan merujuk kepada maklumat sahih daripada Portal Rasmi STR dan SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, sila rujuk di bawah :

Leave a Comment