SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR 2026 FASA 1 : PEMOHON BERSTATUS LAYAK AKAN TERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI
Penerima-penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bukanlah dipilih secara rawak. Namun, ianya dipilih berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan bagi setiap kategori seperti ‘Isi Rumah’, ‘Warga Emas’ dan ‘Bujang’.
Apakah syarat kelayakan penerima STR Fasa 1? Rujuk maklumat lebih lanjut di bawah.
JUMLAH PENERIMA LAYAK STR 2026 FASA 1
Daripada lebih 9 juta permohonan yang dikemukakan, hanya seramai 8.1 juta sahaja pemohon yang melepasi syarat kelayakan dan akan menerima bayaran Bantuan STR Fasa 1 dan penerima yang layak merangkumi :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH PENERIMA |
|---|---|
| Isi Rumah B40 dan M40 | 3.7 juta penerima |
| Warga Emas | 1.3 juta penerima |
| Bujang | 3.1 juta penerima |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR 2026 FASA 1
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan STR yang ditetapkan bagi setiap kategori isi rumah, warga emas dan bujang :
- Kelayakan Isi Rumah :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | Tiada had umur |
| Status Perkahwinan | Berkahwin (ada / tiada anak) atau Balu (ada anak) Duda / Janda (ada anak) |
| Kadar Pendapatan | Bawah RM2,500 (B40) atau RM2,501 hingga RM5,000 (M40) |
- Kelayakan Warga Emas :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 60 tahun dan ke atas |
| Status Perkahwinan | Bujang / Balu / Duda / Janda (tiada tanggungan) |
| Kadar Pendapatan | Tidak melebihi RM5,000 |
- Kelayakan Bujang :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | Biasa : 21 hingga 59 tahun atau OKU : 19 tahun ke atas |
| Status Perkahwinan | Belum berkahwin atau Balu / Duda / Janda (tiada anak) |
| Kadar Pendapatan | Tidak melebihi RM2,500 |
| Status Pendidikan | Tamat belajar atau Bukan pelajar sepenuh masa |
KADAR BAYARAN STR 2026 FASA 1
Jumlah pembayaran Bantuan STR untuk tahun 2026 adalah bergantung kepada kelayakan penerima seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR 2026 | JUMLAH BAYARAN FASA 1 |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1-2 anak : RM1,200 3-4 anak : RM1,700 >5 anak : RM2,200 | RM500 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1-2 anak : RM450 3-4 anak : RM700 >5 anak : RM950 | RM50 RM100 RM150 RM250 |
| Warga Emas | RM600 | RM150 |
| Bujang | – | – |
SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA STR 2026 FASA 1
Untuk mengetahui status permohonan layak atau tidak terima bayaran Bantuan STR Fasa 1, ikuti cara semakan yang lengkap dan mudah di bawah :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk STR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.
- Tekan [Semak].
- Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang [Semak].
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang [Log Masuk].
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan [Semakan Permohonan].
- Status Kelayakan penerima STR Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT STR
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.