SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2026 : SEMAK SEGERA STATUS, JIKA LAYAK ANDA BOLEH KEMASKINI ATAU MOHON BARU DI PANDUAN TERKINI INI

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2026 : SEMAK SEGERA STATUS, JIKA LAYAK ANDA BOLEH KEMASKINI ATAU MOHON BARU DI PANDUAN TERKINI INI

Bantuan MyKasih adalah sebuah program kebajikan tanpa tunai (cashless) yang diperkenalkan dan dilaksanakan di bawah Yayasan MyKasih dengan kerjasama pihak Kerajaan Madani untuk membantu golongan berpendapatan rendah seperti B40 dan M40 untuk mendapatkan barang keperluan asas secara bulanan.

Apakah syarat kelayakan MyKasih dan bagaimanakah cara mohon? Ikuti panduan yang lengkap dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN IC 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG (RM100 & RM200 & RM50)

JUMLAH BAYARAN MYKASIH 2026

Bantuan MyKasih akan dibayar untuk tahun 2026 dengan jumlah yang berbeza mengikut kategori dan kelayakan penerima sama ada miskin atau asas seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
PENERIMA MISKIN
(DAFTAR E-KASIH)
PENERIMA ASAS
(BUKAN E-KASIH)
ISI RUMAHRM2,400 setahun
(RM200 sebulan x 12)
RM1,200 setahun
(RM100 sebulan x 12)
WARGA EMASRM1,800 setahun
(RM150 sebulan x 12)
RM600 setahun
(RM50 sebulan x 12)
BUJANGRM1,200 setahun
(RM100 sebulan x 12)
RM600 sebulan
(RM50 sebulan x 12)

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2026

Mudah sahaja untuk menerima bayaran Bantuan MyKasih, rakyat hanya perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Kelayakan Penerima Miskin :
    • Warganegara Malaysia;
    • Kategori : Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang;
    • Pendapatan : Bawah garis kemiskinan semasa (PGK);
    • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; dan
    • Berdaftar dan tersenarai bawah rekod data e-Kasih sehingga 31 Oktober 2025.
  • Kelayakan Penerima Asas :
    • Warganegara Malaysia;
    • Kategori : Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang;
    • Pendapatan : bawah RM2,500 atau hingga tidak lebih RM5,000;
    • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.

CARA MOHON MYKASIH 2026

Bantuan MyKasih diberikan secara automatik kepada rakyat yang lulus dalam permohonan Sumbangan Tunai Rahmah. Oleh itu, untuk menerima Bantuan MyKasih, sila buat permohonan seperti berikut :

  1. Klik pautan laman permohonan Di Sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, klik butang [PERMOHONAN BAHARU].
  3. Klik butang [Ya, Teruskan] tanpa menggunakan akaun MyDigital ID.
  4. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
  6. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
  7. Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    • Pilihan Pekerjaan.
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
    • Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
    • (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠
    • Alamat Surat Menyurat pemohon.
    • Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
    • Masukkan Nombor Akaun Bank.
    • Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  8. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  9. Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
  10. Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  11. ⁠Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  12. Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  13. ⁠Muat naik dokumen Sokongan.
  14. ⁠Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
  15. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  16. ⁠Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  17. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  18. Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  19. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”

CARA DAFTAR MYKASIH 2026

Bagi rakyat yang berpendapatan bawah garis kemiskinan semasa (PGK) perlu mendaftar e-Kasih untuk mendapatkan jumlah bayaran MyKasih yang tinggi :

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih.
  4. Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
  5. Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
  6. Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian :
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7455000
    • PPN Sarawak : 082-446582
    • PPN Sabah : 088-484800
  7. Selesai.

SEMAK KELAYAKAN MYKASIH 2026

Untuk mengetahui sama ada anda layak atau tidak terima bayaran Bantuan MyKasih, ikuti cara semakan kelayakan yang lengkap seperti di bawah :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN MYKASIH

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

Leave a Comment