SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET 2026 : ANDA BOLEH SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK UNTUK DAPAT BANTUAN DALAM BENTUK E-WALLET

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET 2026 : ANDA BOLEH SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK UNTUK DAPAT BANTUAN DALAM BENTUK E-WALLET

Permohonan bantuan dalam bentuk barangan keperluan, kelengkapan pendidikan, serta kesihatan BINGKAS Selangor kini dibuka. Individu yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan dalam tempoh yang ditetapkan untuk menikmati bantuan bulanan BINGKAS.

Apakah syarat kelayakan bantuan ewallet 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN STATUS STR : CARA SEMAK FASA 1 2026 BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ialah bantuan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemilih berdaftar di Selangor;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah;
  • Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.

KADAR KELAYAKAN BANTUAN EWALLET

Bantuan BINGKAS Selangor akan disalurkan secara bulanan kepada penerima dengan kadar berikut :

KADAR BULANANKADAR KELAYAKAN SETAHUN
RM300RM3,600

CARA PELAKSANAAN BANTUAN EWALLET

Program BINGKAS dilaksanakan dalam bentuk tanpa tunai (cashless) melalui akaun e-WALLET Selangkah, dimana penerima boleh membelanjakannya untuk mendapatkan barang keperluan asas, seperti :

  • Makanan Asas (Contoh : Beras / Mi dan Bihun / Roti / Telur / Biskut / Tepung / Minyak Masak);
  • Barang Basar (Contohnya : Sayur-sayuran dan Buah-buahan, Daging, Ayam, Ikan);
  • Bahan Perasa (Contoh : Gula dan Garam / Rempah Ratus / Sos / Kicap);
  • Produk Kebersihan (Contoh : Sabun Mandian / Ubat gigi);
  • Produk Tenusu (Contoh : Susu Segar / Susu Tepung / Susu Pekat Manis);
  • Barang Persekolahan dan Perihal Pendidikan;

Barangan ini boleh didapati di kedai panel/berdaftar BINGKAS. Senarai penuh kedai berdaftar boleh disemak di https://bingkasselangor.com/senarai-kedai/

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN EWALLET

Status Permohonan dan Kelayakan BINGKAS boleh disemak seperti berikut :

  • Portal Rasmi BINGKAS; atau
  • Aplikasi Selangkah.

Semak status di Portal Rasmi BINGKAS :

  1. Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
  2. Laman utama BINGKAS akan dipaparkan.
  3. Tekan Butang [Semak Status Permohonan].
  4. Anda akan dibawa kepada laman Semakan Status Permohonan.
  5. Masukkan [Nombor Telefon] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan.
  6. Kemudian, tekan klik [Log Masuk].
  7. Setelah berjaya log masuk, maklumat akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak BINGKAS 2026.
  8. Selesai.

Semak status di Aplikasi Selangkah :

  1. Muat turun aplikasi ‘Selangkah’ melalui Apps Store / Play Store dalam telefon bimbit anda.
  2. Kemudian, buka aplikasi tersebut.
  3. Daftarkan akaun anda.
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  5. Log Masuk akaun yang telah didaftarkan.
  6. Buka bahagian [BINGKAS].
  7. Semak status kelayakan anda.
  8. Selesai.

CARA GUNA BANTUAN EWALLET

Penerima boleh menggunakan Bantuan BINGKAS untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai berdaftar dengan cara seperti berikut:

  1. Kunjungi Kedai Berdaftar di bawah Program BINGKAS yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan Asas yang ingin dibeli.
  3. Tunjuk ID anda di Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
  5. Tekan butang bayar, dan masukkan pin 6 digit untuk pengesahan pembayaran.
  6. Tunjukkan Kod QR dalam Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk diimbas bagi tujuan pembayaran.
  7. Selesai.

PERMOHONAN BARU BANTUAN EWALLET

Jika anda belum pernah menerima bantuan BINGKAS, anda boleh membuat permohonan bantuan seperti berikut :

TARIKH PERMOHONANTARIKH TUTUP PERMOHONAN
1 Novermber 2025 (Sabtu)Belum diumumkan
  1. Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
  2. Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
  3. Tekan Butang [Log Masuk].
  4. Masukkan nombor ID dan kata laluan dan klik [Log Masuk] bagi yang telah mempunyai akaun.
  5. Jika belum mempunyai akaun, sila klik butang Tekan [Daftar Akaun Selangkah baharu].
  6. Seterusnya, klik pada butang [Buat Permohonan].
  7. Masukkan butiran peribadi, alamat kediaman, status perkahwinan dan klik [Hantar].
  8. Masukkan pula maklumat pekerjaan dan pendapatan dan klik butang [Hantar].
  9. Klik pula pada butang [Tambah Anak] untuk masukan butiran anak / tanggungan.
  10. Ulang klik butang [Tambah Anak] untuk isi butiran anak seterusnya.
  11. Muat naik salinan Kad Pengenalan / MyKid anak dan klik [Simpan].
  12. Setelah selesai, klik butang [Hantar].
  13. Tandakan pada kotak Maklumat Bantuan yang diterima dan klik [Hantar].
  14. Seterusnya, klik butang [Choose File] untuk muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan klik [Hantar].
  15. Tandakan pada kotak Persetujuan dan klik butang [Hantar].
  16. Permohonan telah berjaya dihantar.
  17. Selesai.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN BANTUAN EWALLET

Antara dokumen sokongan yang perlu disertakan untuk permohonan BINGKAS, seperti berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan).
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (Anak-anak / Tanggungan).
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal).
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara).
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta).
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti spt ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
  • Salinan Bukti Pemilih Berdaftar di Selangor.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment