SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2026 BILA BAYAR : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2026 BILA BAYAR : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE OFF tahun 2026 akan dilaksanakan pada bulan Februari, sempena sambutan Ramadhan dan Tahun Baru Cina, dan akan memanfaatkan seramai 22 juta Rakyat Malaysia.

Bila tarikh sumbangan asas rahmah one off 2026 di bayar? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK JUMLAH BANTUAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2026 : YANG AKAN DITERIMA PEMOHON BERSTATUS LAYAK

SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2026

Program Bantuan ONE-OFF dilaksanakan seperti berikut :

Nama ProgramSARA untuk semua (ONE-OFF)
Jumlah Bantuan (RM)100.00
KelayakanKelayakan secara automatik kepada Semua warganegara Malaysia (berusia 18 tahun dan ke atas) tanpa mengira pendapatan, termasuk bagi penerima SARA yang sedia ada
Tarikh Pengkreditan Bantuan09/02/2026
Tarikh Luput Kredit Bantuan31/12/2026
Kaedah PembayaranPengkreditan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima
ManfaatBoleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan, di kedai atau pasar raya berdaftar dengan menggunakan MyKad

CARA GUNA DUIT ONE OFF

Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

Penerima SARA ONE-OFF boleh menggunakan kredit bantuan RM100 yang disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk membeli kategori barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai yang berdaftar seperti :

  • Makanan Asas;
  • Makanan dan Minum;
  • Makanan Dalam Tin;
  • Barangan Kebersihan Rumah;
  • Produk Penjagaan Diri;
  • Ubat-ubatan;
  • Barang Keperluan sekolah

Untuk mendapatkan barangan dengan pembayaran menggunakan MyKad, penerima boleh mengunjungi kedai yang berdaftar seperti :

  • Pasar Raya Besar : Mydin, Giant, Lotus’s (Tesco)
  • Kedai Runcit : 99 Speedmart, dan Pasar Mini terpilih.

Senarai penuh boleh di semak di : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list

SEMAK STATUS PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2026

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

PORTAL SEMAKANPAUAN
Portal SARAhttps://sara.gov.my/
  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA UNTUK SEMUA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA UNTUK SEMUA.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status SARA UNTUK SEMUA : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : SARA UNTUK SEMUA 2026 (ONE-OFF)
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 09/02/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Baki (RM) : 100.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. ⁠Selesai.

SUMBANGAN ASAS RAHMAH BULANAN & ONE OFF

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan dan Secara One-Off adalah berbeza seperti berikut :

SARA BULANANSARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF)
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) & Berstatus eKasihSemua Rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas, tanpa mengira pendapatan
Pembayaran Setiap Bulan (12 Bulan)
Bermula Januari sehingga DisemberSekali Bayaran (ONE-OFF)
Bantuan Tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)Bantuan Sempena Perayaan atau Sambutan Seperti Sambutan Ramadhan
Amaun bayaran bermula RM50 sehingga RM200
(mengikut kelayakan penerima)
Amaun Bayaran RM100

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20-%20STR%20dan%20SARA%202026.pdf

Leave a Comment