STR TAMBAHAN 2025 FASA 1 : SEMAKAN NAMA PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM2100 & RM1200 & RM900 & RM600)
Peningkatan peruntukan sebanyak 30 peratus (%) iaitu bersamaan sebanyak RM13 billion adalah untuk disalurkan kepada rakyat yang layak melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan juga tambahan bagi sepanjang tahun 2025 ini.
Bagaimanakah str tambahan fasa 1 semakan nama penerima yang layak? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SARA SEMAKAN FASA 1 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)
APA ITU STR TAMBAHAN 2025
Tambahan kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah diperkenalkan sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan bertujuan untuk meringankan bebanan kos sara hidup rakyat terutamanya golongan rentan yang mudah terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.
JUMLAH BAYARAN STR TAMBAHAN 2025
Setiap kategori peenrima akan menerima jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tambahan (SARA) yang berbeza seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR 2025 | JUMLAH BAYARAN STR TAMBAHAN |
---|---|---|
ISI RUMAH B40 | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 | eKasih : RM2,100 atau Bukan eKasih : RM900 |
ISI RUMAH M40 | 0 anak : RM500 1-2 anak : RM750 3-4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 | Bukan eKasih : RM900 |
WARGA EMAS | RM600 | eKasih : RM1,650 atau Bukan eKasih : RM450 |
BUJANG | RM600 | eKasih : RM600 |
TARIKH BAYARAN STR TAMBAHAN 2025 FASA 1
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah secara berfasa mengikut empat (4) fasa dan pembayaran Bantuan STR Tambahan (SARA) pula adalah secara ansur setiap bulan seperti tarikh berikut :
JENIS BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | Fasa 1 : 22 – 28 Januari 2025 2 : akan dimaklumkan 3 : akan dimaklumkan 4 : akan dimaklumkan |
STR Tambahan (SARA) | Penerima eKasih : 15 Januari 2025 sehingga Disember 2025 Penerima Bukan eKasih : ** April 2025 sehingga Disember 2025 |
CARA BAYARAN STR TAMBAHAN 2025
Cara pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tambahan (SARA) adalah berbeza seperti berikut :
JENIS BANTUAN | CARA BAYARAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima Atau Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
STR Tambahan (SARA) | Dikreditkan ke dalam Kad Pengenalan penerima untuk pembelian barangan keperluan asas |
SEMAKAN NAMA PENERIMA STR TAMBAHAN 2025 FASA 1
Untuk mengetahui nama anda sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), ikuti panduan semakan seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran STR dan SARA Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.