STR SEMAKAN STATUS BAYARAN FASA 2 2026

STR SEMAKAN STATUS BAYARAN FASA 2 2026

Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan diawalkan pada bulan Mac 2026 bagi membantu rakyat terutamanya B40 dan M40 membuat persiapan untuk menyambut perayaan Aidilfitri yang tidak kurang dari 10 hari sahaja lagi.

Bagaimanakah semakan status bayaran STR Fasa 2? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK SYUKUR SABAH 2026 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN

TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2026

Berdasarkan pengumuman oleh Perdana Menteri, pembayaran Bantuan STR Fasa 2 akan dilaksanakan pada tarikh-tarikh yang dijadualkan seperti di bawah :

JENIS PENERIMATARIKH BAYARAN STR
FASA 2
Penerima Sedia Ada10 Mac 2026, Selasa
dan
berperingkat
Penerima Baharu30 Mac 2026, Isnin
dan
berperingkat

AMAUN BAYARAN STR FASA 2 2026

Tentunya setiap kategori akan menerima bayaran Bantuan STR Fasa 2 dengan amaun yang berbeza berdasarkan kelayakan dan jumlah anak seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHAMAUN BAYARAN STR
FASA 2
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
RM200 hingga RM600
(bergantung jumlah anak)
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
RM100 hingga RM350
(bergantung jumlah anak)
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGAMAUN BAYARA STR
FASA 2
Bujang Berumur
21 hingga 59 tahun

(diganti bayaran SARA)
Bujang Berumur
60 tahun dan ke atas
RM150
(setiap penerima)

*Nota : Untuk ketahui berapa amaun yang tepat akan diterima Fasa 2, sila buat semakan di laman rasmi STR.

MEDIUM BAYARAN STR FASA 2 2026

Bagi memudahkan penerima menerima Bantuan STR Fasa 2, Kerajaan menyediakan dua (2) medium bayaran mengikut kepada jenis penerima seperti berikut :

JENIS PENERIMAMEDIUM BAYARAN STR
FASA 2
Penerima mempunyai
akaun bank aktif
Bayaran menerusi akaun bank
penerima secara berperingkat
Penerima tiada maklumat
akaun bank aktif
Bayaran melalui kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)
terdekat

JUMLAH PENERIMA STR FASA 2 2026

Permohonan yang berjaya melepasi tapisan kelayakan (termasuk penerima sedia ada dan baharu) akan secara automatik layak menerima bayaran Bantuan STR Fasa 2. Mereka yang layak adalah seramai berikut :

KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH YANG LAYAK
STR FASA 2
Penerima Sedia Ada5.0 juta penerima
Penerima Baharu200,000 penerima

STR SEMAKAN STATUS BAYARAN FASA 2 2026

Untuk mengetahui status bayaran Bantuan STR Fasa 2 sama ada telah dibayar atau belum, ikuti cara semakan yang mudah di laman rasmi STR seperti berikut :

  1. Sila pergi ke bahagian Log Masuk STR di sini :
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  3. Klik pada butang [Semak].
  4. Nama pemohon akan dipaparkan sebagai ‘Kata Kunci Keselamatan’.
  5. Klik pada butang [Ya] jika kata kunci yang dipaparkan adalah benar.
  6. Masukkan Kata Laluan pengguna yang sah.
  7. Klik pada butang [Log Masuk].
  8. Dashboard pemohon akan dipaparkan jika berjaya log masuk.
  9. Terus klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status bayaran Bantuan STR Fasa 2 akan dipaparkan :
    • ‘Dalam Proses Kredit’ atau ‘Telah Dikreditkan’ atau ‘Gagal Kredit’.
  11. Selesai.

*Nota : Jika status ‘Gagal Kredit’ penerima perlu menuntut bayaran STR di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini.

Leave a Comment