STR HASIL GOV MY : 2025 PERMOHONAN BANTUAN & SEMAKAN ONLINE
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah suatu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan bertujuan untuk menghadapi cabaran kos sara hidup.
Bagaimanakah str hasil gov my? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR : SEMAK KADAR BAYARAN.
PAUTAN PORTAL RASMI STR HASIL GOV MY
Untuk permohonan dan semakan hanya boleh dibuat pada pautan Portal Rasmi di bawah :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi STR Hasil | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
PERMOHONAN STR HASIL GOV MY
Berikut adalah panduan cara permohonan STR :
- Sila layari laman Portal Rasmi STR Hasil.gov.my.
- Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan segala maklumat pemohon yang diperlukan dengan betul.
- Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] bahagian pengesahan.
- Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
- Selesai.
SEMAKAN STR HASIL GOV MY
Berikut merupakan panduan cara semakan penerima STR Hasil :
- Sila layari laman Portal Rasmi STR Hasil.gov.my.
- Masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH BAYARAN STR HASIL
Bantuan STR Hasil 2024 akan dibayar kepada penerima mengikut jumlah berikut :
- Kategori Isi Rumah :
- Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah :
- Tiada Anak : RM1,000.
- 1 – 2 Anak : RM1,500.
- 3 – 4 Anak : RM2,000.
- 5 ke atas : RM2,500.
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
- Tiada Anak : RM500.
- 1 – 2 Anak : RM750.
- 3 – 4 Anak : RM1,000.
- 5 ke atas : RM1,250.
- Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah :
- Kategori Bujang :
- Bujang Berumur 21 hingga 59 tahun :
- RM350.
- Bujang Berumur 60 tahun ke atas :
- RM600.
- Bujang Berumur 21 hingga 59 tahun :
*Nota : Bagaimanapun jumlah bantuan di atas akan dibayar kepada penerima secara ansur berperingkat selama empat (4) fasa mengikut jadual yang ditetapkan.
JADUAL BAYARAN STR HASIL
Pembayaran Bantuan STR Hasil 2024 adalah mengikut jadual seperti berikut :
FASA BAYARAN | TARIKH |
---|---|
Pertama (1) | Bermula 29 Januari 2024 |
Kedua (2) | Bermula 3 April 2024 |
Ketiga (3) | Bermula 29 Ogos 2024 |
Keempat (4) | November 2024 |
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR HASiL. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/str.
Layak ke saya untuk memohon mykasih