STR FASA 3 2025 BILA MASUK : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

STR FASA 3 2025 BILA MASUK : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Mungkin dengan adanya bantuan kewangan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dibayar secara ansur pada musim-musim perayaan dan cuti sekolah, ianya dapat digunakan oleh rakyat yang memerlukan untuk pelbagai bentuk kegunaan.

Bagaimanakah semakan status STR Fasa 3 bila masuk? Ikuti maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CARA SEMAK STATUS STR : FASA 3

STR FASA 3 2025 BILA MASUK

Bayaran STR Fasa 3 akan dimasukkan pada waktu-waktu berikut :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
  • Bank Islam : Selepas 8 malam;
  • Affin Bank : Selepas 8 malam;
  • Ambank : Selepas 8 malam;
  • Maybank : Selepas 9 malam;
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam;
  • RHB Bank : Selepas 9 malam;
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
  • Lain-lain Bank : Selepas 10 malam.

AMAUN STR FASA 3 2025 MASUK

Bantuan STR Fasa 3 akan dimasukkan dengan amaun sebanyak berikut :

Isi Rumah B40 :

  • 0 anak : RM150.
  • 1 – 2 anak : RM350.
  • 3 – 4 anak : RM500.
  • 5 ke atas : RM650.

Isi rumah M40 :

  • 0 anak : RM100.
  • 1 – 2 anak : RM200.
  • 3 – 4 anak : RM250.
  • 5 ke atas : RM300.

Warga Emas :

  • RM150.

Bujang :

  • RM150.

TARIKH STR FASA 3 2025 MASUK

Kementerian Kewangan (MOF) masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3. Namun, tarikh bayaran masuk dijangka bermula pada hujung bulan Julai sehingga awal bulan Ogos 2025.

*Bagaimanapun, tarikh bayaran rasmi akan dikemaskini kembali apabila ianya diumumkan secara rasmi tidak lama lagi.

KAEDAH STR FASA 3 2025 MASUK

Bagi memudahkan penerima untuk menerima Bantuan STR, Kerajaan akan membayarnya melalui dua (2) kaedah, iaitu :

  • Dibayar tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat kepada penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
  • Dibayar terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR.

SEMAK BAYARAN STR FASA 3 2025 MASUK

Ikuti panduan semakan maklumat bayaran STR Fasa 3 seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, kunjungi pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.

Leave a Comment