STR FASA 2 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

STR FASA 2 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 telah selesai dilaksanakan kepada semua penerima yang disahkan layak. Oleh itu, tentunya setiap penerima sedia ada dan juga pemohon baharu yang layak menantikan bayaran untuk Fasa 2 yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Bagaimanakah semak status layak atau tidak STR Fasa 2? Rujuk panduan semakan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH 2026 SETIAP BULAN : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN BULANAN (RM200 & RM100 & RM50)

PLATFORM BAYARAN STR 2026

Melalui dua (2) platform yang disediakan oleh Kerajaan ini, ianya dapat memudahkan semua penerima (khususnya bagi semua lapisan dan peringkat umur) dapat menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tanpa sebarang masalah.

Berikut adalah platform bayaran mengikut kelayakan penerima :

KELAYAKAN PENERIMAPLATFORM BAYARAN
Penerima ada akaun bank
dan melengkapkan
maklumat akaun semasa
permohonan
Pembayaran melalui platform
IBG Fund Credit‘ terus ke dalam
akaun bank penerima
(mengikut nombor akaun yang
didaftarkan semasa permohonan)
Penerima tiada akaun bank
atau tidak melengkapkan
maklumat akaun semasa
permohonan
Pembayaran melalui kaunter
cawangan Bank Simpanan
Nasional (BSN) terdekat
(termasuk di Sabah dan Sarawak)

TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2026

Apabila bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 telah selesai dibayar kepada kesemua penerima yang layak. Tentunya, semua penerima menantikan bayaran untuk Fasa 2 pula yang akan dilaksanakan pada tarikh :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARAN
Fasa Kedua (2)Mac 2026
(Dijangka sebelum sambutan
perayaan Aidilfitri)
*Catatan : Tarikh bayaran di atas hanyalah jangkaan sahaja dan ianya akan dikemaskini semula mengikut pindaan tarikh yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri tidak lama lagi.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2026

Jumlah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah seiring dengan kategori dan kelayakan penerima yang dinilai dan ditetapkan berdasarkan kadar pendapatan dan jumlah anak (tanggungan) seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
0 anak : RM200
1-2 anak : RM300
3-4 anak : RM400
>5 anak : RM500
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
0 anak : RM100
1-2 anak : RM150
3-4 anak : RM200
>5 anak : RM250
Warga Emas Tiada
Pasangan
RM150
Bujang Pendapatan
Bawah RM2,500
*Catatan : Jumlah bayaran di atas adalah anggaran sahaja. Untuk ketahui berapa jumlah yang akan diterima, setiap pemohon boleh membuat semakan di Portal Rasmi STR dari semasa ke semasa.

SEMAK STATUS KELAYAKAN STR 2026

Lebih 9 juta rakyat yang telah mengemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026 dan seramai 8.1 juta permohonan telah disahkan layak terima bayaran.

PORTAL RASMILINK (PAUTAN)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Untuk ketahui status kelayakan bagi Fasa 2, ikuti cara semak status seperti berikut :

  1. Sila layari link (pautan) yang tertera di atas.
  2. Halaman utama Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  3. Terus klik pada butang [Log Masuk].
  4. Bagi yang ada akaun, Log Masuk dengan [MyDigital ID]; atau
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada yang ruang yang disediakan.
  6. Klik pada butang [Semak].
  7. ‘Kata Kunci Keselamatan’ akan dipaparkan nama pemohon.
  8. Jika kata kunci yang dipaparkan betul, klik butang [Ya].
  9. Masukkan Kata Laluan yang sah.
  10. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik bahagian [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dipaparkan.
  13. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT STR

Untuk pentanyaan bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh hubungi pihak STR yang rasmi mengikut nombor yang tertera di bawah :

  • ☎️ Talian STR MOF – 03 8882 4565 / 4566
  • 📞 Talian STR HASiL – 1800 88 2747
  • 💻 E-mel STR Rasmi – [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini di rujuk berdasarkan sumber sahih dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini.

Leave a Comment