STR FASA 1 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM500 & RM300 & RM150)
Manfaat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dinikmati oleh hampir 9 juta rakyat dewasa Malaysia secara berperingkat dan kerajaan akan memastikan tiada rakyat yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) akan tercicir menerima bayaran setiap fasa sepanjang tahun ini.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima str fasa satu? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STR FASA 1 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (RM500 & RM300 & RM150)
KADAR IMPLIKASI STR FASA 1 2025
Implikasi kewangan yang diperuntukan untuk bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bagi tahun 2025 adalah melibatkan kadar tertinggi iaitu sebanyak RM2.3 billion berbanding tahun lalu hanya melibatkan kadar sebanyak RM2.1 billion sahaja.
JADUAL BAYARAN STR FASA 1 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah dijadualkan seperti berikut :
JENIS PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | 22 Januari 2025 |
Secara pengkreditan ke dalam akaun bank penerima / pasangan | 22 Januari 2025 sehingga 28 Januari 2025 |
WAKTU PENGKREDITAN STR FASA 1 2025 DALAM AKAUN BANK PENERIMA
Setiap bank penerima akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada waktu yang berbeza seperti berikut :
BIL. | NAMA BANK PENERIMA | WAKTU PENGKREDITAN |
---|---|---|
1. | Bank Simpanan Nasional (BSN) | Selepas 6 petang |
2. | Ambank | Selepas 8 malam |
3. | Bank Islam | Selepas 8 malam |
4. | Affin Bank | Selepas 8 malam |
5. | Maybank | Selepas 9 malam |
6. | Cimb Bank | Selepas 9 malam |
7. | RHB Bank | Selepas 9 malam |
8. | Bank Muamalat | Selepas 10 malam |
9. | Lain-lain Bank | Selepas 10 malam |
AMAUN BAYARAN STR FASA 1 2025
Berikut merupakan amaun bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 pada tahun 2025 mengikut kelayakan penerima :
- Penerima Berstatus Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAH | AMAUN BAYARAN STR FASA 1 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) | Tiada anak : RM500 1 – 2 anak : RM500 3 – 4 anak : RM500 5 ke atas : RM500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 (M40) | Tiada anak : RM150 1 – 2 anak : RM200 3 – 4 anak : RM250 5 ke atas : RM300 |
- Penerima Berstatus Bujang :
KELAYAKAN BUJANG | AMAUN BAYARAN STR FASA 1 2025 |
---|---|
Bujang/Balu/Janda/Duda tiada anak Berumur 21 hingga 59 tahun | RM150 |
Bujang/Balu/Janda/Duda tiada anak Berumur 60 tahun dan ke atas | RM150 |
PANDUAN SEMAKAN STATUS STR FASA 1 2025
Ikuti panduan semakan status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk mengetahui status bayaran Fasa 1 seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi STR 2025; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.