STR FASA 1 2026 MENGIKUT BANK : TARIKH DUIT MASUK AKAUN PENERIMA & SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN TUNAI

STR FASA 1 2026 MENGIKUT BANK : TARIKH DUIT MASUK AKAUN PENERIMA & SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN TUNAI

Walaupun tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dinyatakan akan mula dikreditkan pada 20 Januari 2026. Namun ada sebahagian penerima telah mula menerima bayaran melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) lebih awal.

Untuk tahu bila tarikh & waktu bayaran Bantuan STR Fasa 1 2026 masuk mengikut akaun bank, semak maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK EKASIH 2026 RM200 SEBULAN : PEMOHON YANG BERSTATUS LULUS AKAN DAPAT BAYARAN DUIT BANTUAN DALAM IC SETIAP BULAN

CARA TERIMA BAYARAN STR FASA 1 2026

Setiap penerima perlu mengetahui bahawa kerajaan menyediakan dua (2) cara terima bayaran Bantuan STR yang mengikut kelayakan penerima masing-masing seperti berikut :

BIL.CARA TERIMA BAYARAN
STR FASA 1
1.Bayaran tunai melalui kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)
khas kepada penerima yang
tiada akaun bank atau
status ‘gagal kredit’
2.Pengkreditan tunai terus ke
dalam akaun bank penerima
mengikut nombor akaun
yang didaftarkan semasa
permohonan STR

TARIKH DUIT STR FASA 1 2026 MASUK AKAUN BANK

Bantuan STR Fasa 1 akan mula dimasukkan ke dalam akaun bank 5 juta penerima yang layak pada tarikh seperti berikut :

CARA TERIMA DUITTARIKH BAYARAN
STR FASA 1
Terima duit tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)
20 Januari 2026
atau bila-bila yang
penerima ingin tuntut
Duit masuk dalam akaun
bank penerima / akaun
bank pasangan
Mulai dimasukkan
20 Januari 2026
dan berperingkat

WAKTU BAYARAN STR FASA 1 2026 MENGIKUT BANK

Pembayaran Bantuan STR Fasa 1 adalah berperingkat mengikut akaun bank penerima yang ditetapkan pada waktu-waktu yang tertera di bawah :

NAMA BANKWAKTU BAYARAN MASUK
Bank Simpanan Nasional (BSN)Bermula 6 petang
Bank IslamBermula 8 malam
Affin BankBermula 8 malam
AmbankBermula 8 malam
MaybankBermula 9 malam
Cimb BankBermula 9 malam
RHB BankBermula 9 malam
Bank MuamalatBermula 10 malam
Lain-lain bankBermula 10 malam

JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2026 IKUT KATEGORI

Penerima yang terdiri dari kategori isi rumah dan kategori bujang akan terima duit Bantuan STR Fasa 1 dengan jumlah yang berbeza seperti berikut :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BAYARAN
STR FASA 1
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
Tiada anak : RM200
1 – 2 anak : RM300
3 – 4 anak : RM400
Lebih 5 anak : RM500
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
Tiada anak : RM100
1 – 2 anak : RM100
3 – 4 anak : RM150
Lebih 5 anak : RM200
  • KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BAYARAN
STR FASA 1
Bujang Berumur
21 hingga 59 tahun
Diganti bayaran SARA
Bujang Berumur
60 tahun & ke atas
RM150

SEMAK STATUS PENERIMA STR FASA 1 2026

Bagaimanapun, setiap pemohon boleh membuat semakan status kelayakan untuk tahu layak atau tidak terima bayaran Bantuan STR Fasa 1 seperti berikut :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk STR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk STR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  5. Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  7. ⁠Klik butang [Log Masuk].
  8. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  9. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh klik [Semakan Permohonan].
  10. Status Kelayakan penerima STR Fasa 1 akan dipaparkan.
  11. Selesai.

RUJUKAN LANJUT STR

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 4566
  • E-mel Rasmi STR : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami menafikan bahawa tiada sebarang maklumat peribadi yang diminta atau direkodkan serta tiada sebarang bayaran yang kami kenakan untuk pembaca artikel ini kerana pihak kami hanya menulis dan kongsikan maklumat dan info terkini berkaitan Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Informasi yang kami tulis dalam artikel ini adalah dirujuk dari sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.

Leave a Comment