STR BUJANG 2026 TELAH DIGANTI DENGAN BANTUAN SARA RM600 : SEMAK KELAYAKAN & CARA DAFTAR BANTUAN

STR BUJANG 2026 TELAH DIGANTI DENGAN BANTUAN SARA RM600 : SEMAK KELAYAKAN & CARA DAFTAR BANTUAN

Terkini! Kategori bujang bakal menerima bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai gantian kepada bantuan STR bermula tahun 2026 yang boleh dibelanjakan untuk memenuhi keperluan asas penerima.

Bagaimanakah semakan kelayakan dan daftar str bujang 2026 telah diganti dengan bantuan sara rm600? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga : BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2025 : SEGERA SEMAK SYARAT KELAYAKAN & MOHON JIKA LAYAK

STR BUJANG 2026 TELAH DIGANTI DENGAN BANTUAN SARA RM600

Bermula tahun 2026, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Kategori Bujang tidak lagi diberikan secara berfasa dalam bentuk tunai seperti kategori lain iaitu Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan tetapi bakal dilaksanakan seperti berikut :

  • STR Bujang akan digantikan dengan Sumbangan Asas Rahmah (SARA);
  • Bantuan secara bulanan;
  • Disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima;
  • Boleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan, di kedai yang berdaftar.

SYARAT KELAYAKAN STR BUJANG 2026

Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), 2026 terdiri daripada :

  • Bujang; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Berumur 21-59 tahun; dan
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah. ATAU;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih (bagi yang pendapatan bawah PGK semasa).

JUMLAH STR BUJANG DIGANTI DENGAN BANTUAN SARA

Kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, akan disalurkan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BULANANKADAR KELAYAKAN SETAHUN
Bujang
(Berdaftar eKasih)
RM1,200 SetahunRM100 Sebulan
Bujang
(Bukan eKasih)
RM600 SetahunRM50 Sebulan

SEMAKAN STATUS STR BUJANG 2026

Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal SARA; dan
  • Portal MySTR

Cara Semakan Status di Portal SARA :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 di : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : Januari 2026
    • Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
    • Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

Cara Semakan Status di Portal MySTR :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Selesai.

PENDAFTARAN SISTEM E-KASIH

Kategori Bujang yang berpendapatan bawah PGK semasa, boleh membuat pendaftaran di Sistem eKasih untuk menerima kadar bantuan SARA yang berdaftar eKasih.

Panduan Lengkap Pendaftaran Sistem eKasih adalah seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
  4. Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
  5. Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
  6. Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40419920
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7457103
    • PPN Sarawak : 082-492957
    • PPN Sabah : 088-484800
  7. Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
  8. Selesai.

PERMOHONAN STR BUJANG 2026 DIGANTI DENGAN BANTUAN SARA

Penerima STR akan menerima SARA secara automatik. Oleh itu, individu bujang yang belum pernah memohon bantuan STR, anda boleh mohon STR 2026 di sini :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
  3. ⁠Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
  5. ⁠Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  6. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  7. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  8. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  9. Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  10. ⁠Isikan status Perkahwinan.
  11. Bujang (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠.
  12. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  13. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  14. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  15. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  16. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  17. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  18. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  19. Muat naik dokumen Sokongan.
  20. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  21. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  22. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  23. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  24. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  25. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  26. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  27. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  28. ⁠Selesai.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment