STR 2026 TARIKH PEMBAYARAN FASA 1 : SEMAKAN STATUS KELULUSAN PEMOHON LULUS ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BAYARAN DUIT BANTUAN TUNAI RAHMAH
Kerajaan bakal melaksanakan pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa Pertama (1) pada bulan Januari 2026. Pemohon sedia ada dan pemohon baharu yang lulus permohonan direkodkan seramai lebih 8.1 juta.
Bagaimanakah semakan status kelulusan pemohon & tarikh pembayaran STR Fasa 1? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK KELAYAKAN SARA 2026 : SEMAKAN STATUS KELULUSAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN BULANAN DALAM MYKAD
STR 2026 TARIKH PEMBAYARAN FASA 1
Berdasarkan pengumuman oleh Perdana Menteri baru-baru ini, Bantuan STR untuk Fasa 1 akan dibayar pada tarikh seperti yang tertera di bawah :
- Penerima Sedia Ada : Bermula 20 Januari 2026 (Selasa) dan berperingkat.
- Penerima Baharu : Bermula 20 Januari 2026 (Selasa) dan berperingkat.
*Nota : Bayaran Bantuan STR lazimnya berperingkat selama 3 hingga 7 hari dari tarikh pertama bayaran.
CARA PEMBAYARAN STR FASA 1 2026
Bagi memudahkan rakyat menerima Bantuan STR, Kerajaan menyediakan dua (2) cara pembayaran untuk setiap Fasa dari Fasa 1 seperti berikut :
- Pembayaran Kepada Penerima Ada Akaun :
- Penerima yang ada akaun bank serta melengkapkan maklumat akaun dalam permohonan STR perlu menunggu bayaran Bantuan STR Fasa 1 dimasukkan ke dalam akaun bank masing-masing.
- Pembayaran Kepada Penerima Tiada Akaun :
- Penerima yang tiada akaun bank atau tidak melengkapkan maklumat akaun dalam permohonan STR perlu menuntut bayaran Bantuan STR Fasa 1 secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
JUMLAH PEMBAYARAN STR FASA 1 2026
Tidak semua akan terima bayaran Bantuan STR dengan jumlah yang sama. Kerana jumlah bayaran Bantuan STR Fasa 1 adalah tertakluk kepada kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH PEMBAYARAN STR FASA 1 2026 |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan B40 (Bawah RM2,500) | RM500 |
| Isi Rumah Pendapatan M40 (RM2,501 – RM5,000) | RM50 hingga RM250 (tertakluk bilangan anak) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
| Bujang / Balu / Duda / Janda | – |
SEMAK STATUS KELULUSAN PEMOHON STR
Sebelum ini, pemohon sedia ada yang telah kemaskini permohonan atau pemohon baharu perlu mengetahui status sama ada lulus atau tidak terima bayaran Bantuan STR untuk Fasa 1 2026.
Ikuti cara semak status kelulusan pemohon seperti berikut :
- Klik pada pautan MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
- Paparan akan menunjukkan ‘Selamat Datang Ke MySTR’.
- Isikan ruangan dengan No. Kad Pengenalan pemohon.
- Terus klik pada butang [Semak].
- Nama pemohon akan dipaparkan sebagai [Kata Kunci Keselamatan].
- Jika ianya betul, klik butang [Ya].
- Masukkan kata laluan pengguna yang sah.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk ketahui status, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelulusan permohonan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
PERINCIAN LANJUT STR
Selaga isi yang kami kongsikan dalam artikel ini berkaitan Bantuan STR adalah dirujuk daripada ucapan Perdana Menteri yang terbaru. Untuk perincian yang lebih lanjut berkaitan Bantuan STR, pihak tuan / puan boleh rujuk di :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]