STR 2026 TARIKH BAYAR FASA 2 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN BANTUAN RAHMAH
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 telah selesai dilaksanakan pada bulan Januari kepada seramai 5 juta penerima. Bayaran seterusnya adalah Fasa 2 yang diperluaskan kepada lebih ramai penerima yang layak dan akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Bagaimanakah semakan tarikh bayar STR Fasa 2? Ketahui maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BANTUAN
KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 2 2026
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus layak adalah dipilih berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan bagi setiap kategori seperti berikut :
- Penerima Isi Rumah :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | Tiada had umur |
| Status Perkahwinan | Berkahwin (ada / tiada anak) atau Balu / Bercerai (ada anak) |
| Kadar Pendapatan | B40 : Bawah RM2,500 atau M40 : RM2,501 hingga RM5,000 |
- Penerima Warga Emas :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 60 tahun & ke atas |
| Status Perkahwinan | Bujang atau Balu / Bercerai (tiada anak sebagai tanggungan) |
| Kadar Pendapatan | Tidak melebihi RM5,000 sebulan |
- Penerima Bujang :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 21 hingga 59 tahun |
| Status Perkahwinan | Bujang atau Balu / Bercerai (tiada anak) |
| Kadar Pendapatan | Bawah RM2,500 sebulan |
STR 2026 TARIKH BAYAR FASA 2
Walaupun Kerajaan masih belum menyatakan tarikh bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2, namun ianya dijangka aka dibayar pada :
| CARA PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2026 |
|---|---|
| Tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) *bagi penerima tiada akaun bank dan status ‘Gagal Kredit’ | Mac 2026 |
| Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima / pasangan *bagi penerima mempunyai akaun bank aktif | Mac 2026 |
JUMLAH STR BAYARAN FASA 2 2026
Setiap kategori akan terima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 mengikut jumlah yang ditetapkan mengikut kelayakan dan bilangan anak masing-masing :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2026 |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan B40 (Bawah RM2,500) | Tiada anak : RM200 1-2 anak : RM300 3-4 anak : RM400 >5 anak : RM500 |
| Isi Rumah Pendapatan M40 (RM2,501 – RM5,000) | Tiada anak : RM100 1-2 anak : RM150 3-4 anak : RM200 >5 anak : RM250 |
| Warga Emas Tiada Pasangan (Pendapatan Bawah RM2,500) | RM150 |
| Bujang Pendapatan B40 (Bawah RM2,500) | Tiada (Diganti dengan bayaran SARA) |
SEMAKAN STATUS PENERIMA STR 2026 FASA 2
Status kelayakan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh disemak secara atas talian (online) untuk mengetahui layak atau tidak terima bayaran Fasa 2. Ikuti panduan semakan status di bawah :
- Layari laman ‘Log Masuk’ STR di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
- *Pastikan tanpa (-) dan tanpa <jarak>.
- Terus klik pada butang [Semak].
- Untuk pengesahan, Kata Kunci Keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Jika ianya betul, klik pada butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan yang sah.
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT STR
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- ☎️ Talian STR Rasmi : 03 8882 465
- 📱 E-mel STR Rasmi : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini.
Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini.