STR 2026 LOGIN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN FASA 1
Status kelayakan pemohon dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 boleh di semak secara online dengan hanya memerlukan pendaftaran akaun dan login pada laman rasmi MySTR.
Bagaimanakah cara login untuk semak status str 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: JUMLAH WANG BANTUAN TUNAI STR 2026 : CEK AMAUN YANG AKAN DIBAYAR KEPADA PENERIMA FASA 1
SYARAT KELAYAKAN STR 2026
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT DAN KELAYAKAN |
|---|---|
| Isi Rumah | Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Ada Anak; Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak; Berumur 60 tahun dan ke atas; Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
| Bujang | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak; Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun; Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU); Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah |
JUMLAH PEMBAYARAN STR 2026 FASA 1
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak dengan kadar seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah (Berkahwin Ada dan Tiada Anak / Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Ada Anak)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH STR FASA 1 (RM) |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM300 Anak 3 hingga 4 : RM400 Anak 5 dan Ke atas : RM500 |
| Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM100 Anak 1 hingga 2 : RM100 Anak 3 hingga 4 : RM150 Anak 5 dan Ke atas : RM200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
| Bujang | Bantuan digantikan dengan Bantuan SARA |
- Kategori Bujang (Bujang / Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH STR FASA 1 (RM) |
|---|---|
| Warga Emas Tiada Pasangan (Berumur 60 tahun dan ke atas) | RM150 |
| Bujang (Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun) | Bantuan digantikan dengan Bantuan SARA |
TARIKH MASUK DUIT STR 2026 FASA 1
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti berikut :
| FASA PEMBAYARAN STR | TARIKH PEMBAYARAN STR |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 | 20 Januari 2026 (Selasa) |
PENGKREDITAN DUIT STR 2026 KEPADA PENERIMA
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Penerima yang mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
| Penerima Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak |
LOGIN PORTAL STR 2026
Berikut merupakan cara login Portal MySTR 2026 untuk mengakses bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN STR 2026
Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 1 boleh di semak secara online seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%20(STR)%202026.pdf