SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026 FASA 1

SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026 FASA 1

Khabar gembira buat seluruh rakyat Malaysia! Kerajaan MADANI telah mengesahkan bahawa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bagi tahun 2026 akan mula disalurkan secara berperingkat bermula 20 Januari 2026. Inisiatif ini melibatkan peruntukan besar berjumlah RM1.1 bilion yang bakal memanfaatkan kira-kira 5 juta penerima daripada kategori isi rumah dan warga emas tiada pasangan di seluruh negara.

Bagi tahun 2026, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan komitmen kerajaan dalam menangani kos sara hidup dengan menetapkan jumlah keseluruhan bantuan STR dan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) pada kadar RM15 bilion – peruntukan tertinggi dalam sejarah bantuan negara. Untuk fasa pertama ini, penerima yang layak akan menerima bayaran antara RM100 sehingga RM500 bergantung kepada kategori kelayakan masing-masing.

Adakah permohonan anda sudah diluluskan? Untuk mengelakkan sebarang keciciran, pastikan anda melakukan semakan Sumbangan Tunai Rahmah 2026 melalui portal rasmi untuk mengetahui status kelayakan, bayaran dan jumlah yang bakal dikreditkan ke akaun bank anda.

Bagaimanakah semakan Sumbangan Tunai Rahmah 2026? Ikuti panduan lengkap langkah demi langkah cara membuat semakan status secara dalam talian (online) di bawah.

Baca juga: SEMAKAN STATUS MYSARA 2026 : SEMAK KELAYAKAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH TERBARU

PORTAL SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026

Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk semakan status kelayakan, bayaran, permohonan, kemas kini maklumat, adalah seperti berikut:

PORTAL RASMIPAUTAN
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026

Semakan status permohonan dan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 secara dalam talian (online) adalah seperti berikut:

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk MySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk MySTR.
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; dan
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di MySTR ialah:
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

INFO TERKINI SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026

Berikut merupakan maklumat terkini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026:

  • Tempoh permohonan baharu STR 2026 adalah sepanjang tahun mulai 13 Oktober 2025.
  • STR 2026 bagi kategori Bujang digantikan dengan SARA bulanan.
  • SARA akan disalurkan secara automatik kepada MyKad penerima STR sebagai bantuan tambahan secara berterusan dalam bentuk barangan asas.
  • SARA RM100 secara sekaligus (one-off) akan diberikan kepada semua Rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas pada 9 Februari 2026, sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri.

SIAPA YANG LAYAK?

Berikut merupakan perincian lengkap mengenai kategori penerima dan syarat kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 bagi mereka yang ingin membuat permohonan, sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kewangan:

  • Isi Rumah (STR & SARA)
ISI RUMAHSYARAT KELAYAKAN
Pemohon– Warganegara Malaysia yang menetap dan bekerja di Malaysia;
– Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
Pasangan– Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
– Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS).
Anak– Hubungan mestilah Anak Kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau Anak Angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
– Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
– Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur:
> 18 tahun dan ke bawah; atau
> 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Swasta (IPTS).
  • Warga Emas Tiada Pasangan (STR & SARA)
KATEGORISYARAT KELAYAKAN
Warga Emas Tiada Pasangan– Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja;
– Had umur 60 tahun dan ke atas; dan
– Bekerja di Malaysia dengan pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang (SARA)
KATEGORISYARAT KELAYAKAN
Bujang– Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja;
– Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
– Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun hingga 59 tahun; dan
– Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; serta
– Bekerja di Malaysia dengan pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.

KATEGORI PENERIMA STR FASA 1 2026

Bagi STR Fasa 1 2026, berikut adalah senarai kategori yang layak menerima bantuan mengikut ketetapan rasmi pihak kerajaan:

KATEGORIPENERIMA STR FASA 1 2026
Isi Rumah (STR & SARA)– Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
– Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak.
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & SARA)– Bujang; atau
– Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
– Had umur 60 tahun dan ke atas.
Bujang (SARA)– Bujang; atau
– Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
– Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
– Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
– Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

JUMLAH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026

Berikut dikongsikan jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 untuk panduan semua penerima:

KATEGORI PENERIMAKADAR MAKSIMUM BAYARAN
(SETAHUN)
Isi rumah berpendapatan bulanan
RM2,500 dan ke bawah
Tiada Anak : RM700
1 hingga 2 Anak : RM1,200
3 hingga 4 Anak : RM1,700
5 Anak dan Ke atas : RM2,200
Isi rumah berpendapatan bulanan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada Anak : RM200
1 hingga 2 Anak : RM450
3 hingga 4 Anak : RM700
5 Anak dan Ke atas : RM950
Warga emas tiada pasangan
berpendapatan bulanan
RM5,000 dan ke bawah
RM 600
Bujang
berpendapatan bulanan
RM2,500 dan ke bawah

*Nota Penting: Pada tahun 2026, STR tidak diperuntukkan untuk kategori Bujang, namun digantikan dengan bantuan SARA sebanyak RM600 setahun.

TARIKH PENTING STR 2026

Bagi memastikan pengurusan kewangan anda berjalan lancar, sila rujuk tarikh rasmi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 bagi setiap fasa di bawah:

PERINGKATTARIKH BAYARAN
Fasa 120 Januari 2026
Fasa 2Belum Diumumkan
Fasa 3
Fasa 4

*Nota Penting: Jadual pembayaran bagi fasa seterusnya akan dikemas kini sebaik sahaja pengumuman rasmi dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

JUMLAH BANTUAN STR FASA 1 2026

Berikut merupakan perincian jumlah bayaran STR Fasa 1 2026 yang akan dikreditkan mengikut kategori penerima yang telah ditetapkan:

  • Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 dan Ke Bawah
BIL. ANAKFASA 1FASA 2FASA 3FASA 4
TiadaRM200
1 – 2RM300
3 – 4RM400
5 dan ke atasRM500
  • Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000
BIL. ANAKFASA 1FASA 2FASA 3FASA 4
TiadaRM100
1 – 2RM100
3 – 4RM150
5 dan ke atasRM200
  • Warga Emas Tiada Pasangan Berpendapatan RM5,000 dan Ke Bawah
FASA 1FASA 2FASA 3FASA 4
RM150
  • Bujang Berpendapatan RM2,500 dan Ke Bawah

*Nota Penting: Untuk tahun 2026, kategori bujang tidak lagi menerima bantuan dalam bentuk STR tunai seperti sebelum ini. Sebaliknya, bantuan telah ditukar kepada Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM50 sebulan yang disalurkan secara kredit tanpa tunai ke dalam MyKad.

TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2026

Berikut adalah kalendar dan jadual bayaran STR Fasa 1 2026 yang telah disahkan oleh Kementerian Kewangan untuk rujukan semua penerima:

PERINGKATTARIKH BAYARAN
Fasa 120 Januari 2026

KAEDAH PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026

Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti berikut:

JENIS PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
Mempunyai Akaun BankPengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan
Tiada Akaun Bank atau
Berstatus ‘Gagal Kredit’
Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747
  • Talian Hotline MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-Mel : [email protected]
  • Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

Leave a Comment