SEMAKAN STR FASA 2 TERKINI 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Kini rakyat Malaysia yang telah memohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh mengetahui status kelayakan layak atau tidak untuk menerima bayaran Fasa kedua (2) yang dibayar bermula pada 24 Mac 2025 dan berperingkat.
Bagaimanakah cara semakan STR Fasa 2 terkini? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
TARIKH BAYARAN STR FASA 2 TERKINI 2025
Untuk membantu rakyat menampung kos persiapan menyambut perayaan Aidilfitri, kerajaan akan membayar Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) bermula pada 24 Mac 2025 (Isnin) dan berperingkat sehingga 27 Mac 2025 (Khamis).
KADAR BAYARAN STR FASA 2 TERKINI 2025
Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) adalah dengan kadar yang ditetapkan bagi setiap kategori berikut :
- Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANG | KADAR BAYARAN STR FASA 2 |
---|---|
Bujang / Balu / Janda / Duda (tiada anak) Berumur 21 hingga 59 tahun | RM150 |
Bujang / Balu / Janda / Duda (tiada anak) Berumur 60 tahun dan ke atas | RM150 |
- Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAH | KADAR BAYARAN STR FASA 2 |
---|---|
Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) | Tiada anak : RM150 1 – 2 anak : RM300 3 – 4 anak : RM500 5 anak ke atas : RM650 |
Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) | Tiada anak : RM100 1 – 2 anak : RM200 3 – 4 anak : RM250 5 anak ke atas : RM300 |
CARA BAYARAN STR FASA 2 TERKINI 2025
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat.
- Penerima Tiada Akaun Bank :
- Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
PAUTAN RASMI STR LHDN 2025
Berikut merupakan pautan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 :
*NOTA : Melalui pautan di atas, rakyat boleh melakukan permohonan, kemaskini, rayuan dan juga semakan status kelayakan sebagai penerima STR.
SEMAKAN STR FASA 2 TERKINI 2025
Untuk semakan status kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2, ikuti panduan semakan seperti berikut :
- Layari pautan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Terkini Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA LOG IN LUPA KATA LALUAN STR 2025
Bagi yang telah lupa kata laluan untuk log masuk ke portal, ikuti panduan set semula kata laluan seperti berikut :
- Pada halaman utama Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Masukkan No. MyKad seperti biasa
- Kemudian, klik [Terlupa Kata Laluan]
- Nombor MyKad akan dipaparkan di Soalan Keselamatan, tekan butang [Semak]
- Masukkan emel yang telah didaftarkan di Borang Permohonan STR
- Klik butang [Seterusnya]
- Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan
- Jika tiada emel, klik butang [Seterusnya]
- Frasa keselamatan akan dipaparkan dan pemohon perlu mengisi 3 soalan keselamatan.
- Klik butang [Seterusnya]
- Isi Kata Laluan Baharu dan Pengesahan Kata Laluan
- Klik butang [Tukar Kata Laluan]
- Pemohon akan menerima notifikasi Penukaran ID telah berjaya.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :