SEMAKAN STR 2026 (FASA 2 BANTUAN)
STR 2026 atau Sumbangan Tunai Rahmah 2026 merupakan kesinambungan komitmen Kerajaan Malaysia dalam memperkukuh jaringan keselamatan sosial negara. Sebagai instrumen bantuan kewangan langsung yang utama, program ini dirangka khusus untuk meringankan beban kos sara hidup bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, merangkumi kumpulan B40 dan M40. Melalui pendekatan yang lebih inklusif, agihan bantuan ini dilakukan secara sistematik dan berfasa bagi memastikan kelestarian ekonomi setiap isi rumah yang layak di seluruh negara.
Bagi tahun 2026, penyaluran dana STR dilaksanakan secara berperingkat dengan jumlah bantuan yang disesuaikan mengikut kategori kelayakan pemohon. Komponen utama bantuan ini merangkumi kategori Isi Rumah, Warga Emas (tiada pasangan), serta individu Bujang. Apa yang lebih menarik pada tahun ini, Kerajaan bukan sahaja meneruskan Program Bantuan Tunai sedia ada, malah turut memperkasakan inisiatif tersebut dengan peningkatan kadar pemberian melalui elemen SARA (Sumbangan Asas Rahmah) bagi memastikan keperluan nutrisi dan barangan asas rakyat sentiasa terpelihara.
Langkah proaktif ini membuktikan keprihatinan pihak berkuasa dalam mendepani cabaran inflasi dan ketidaktentuan ekonomi global yang memberi kesan langsung kepada kuasa beli rakyat. Oleh itu, bagi memastikan anda tidak terlepas daripada menerima manfaat yang ditetapkan, adalah sangat penting untuk anda mengetahui status terkini permohonan dan tarikh pengkreditan dana.
Bagaimanakah tatacara sebenar untuk membuat semakan STR 2026 secara pantas dan sahih? Ikuti maklumat lanjut dan langkah lengkap yang kami sediakan di bawah:
Baca juga: SEMAKAN E KASIH ONLINE (MYKASIH SARA 2026)
TARIKH BAYAR STR FASA 2 2026
Ini adalah tarikh pembayaran bantuan tunai STR Fasa 2 2026 bermula pada bulan (akan dikemaskini).
SYARAT KELAYAKAN STR 2026
Berikut adalah Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2026:
- Isi Rumah (STR & SARA)
| ISI RUMAH | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| Pemohon | – Warganegara Malaysia yang menetap dan bekerja di Malaysia; – Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah. |
| Pasangan | – Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau – Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS). |
| Anak | – Hubungan mestilah Anak Kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau Anak Angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan – Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan – Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: > 18 tahun dan ke bawah; atau > 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Swasta (IPTS). |
- Warga Emas Tiada Pasangan (STR & SARA)
| KATEGORI | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| Warga Emas Tiada Pasangan | – Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja; – Had umur 60 tahun dan ke atas; dan – Bekerja di Malaysia dengan pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah. |
- Bujang (SARA)
| KATEGORI | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| Bujang | – Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja; – Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau – Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun hingga 59 tahun; dan – Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; serta – Bekerja di Malaysia dengan pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah. |
KATEGORI PENERIMA STR 2026 FASA 2
Ketetapan mengenai klasifikasi penerima bagi penyaluran STR 2026 Fasa 2 adalah sepertimana yang digariskan mengikut kumpulan sasar berikut:
| KATEGORI | KRITERIA PENERIMA |
|---|---|
| Isi Rumah (STR & SARA) | – Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau – Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak. |
| Warga Emas Tiada Pasangan (STR & SARA) | – Bujang; atau – Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta – Had umur 60 tahun dan ke atas. |
| Bujang (SARA) | – Bujang; atau – Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta – Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau – Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan – Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa. |
AMAUN BANTUAN STR 2026 YANG DIBAYAR
Jumlah bantuan STR 2026 yang akan dibayar kepada penerima yang layak adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM 2500 dan kebawah | Tiada Anak : RM 700 1 hingga 2 Anak : RM 1,200 3 hingga 5 Anak : RM 1,700 5 Anak dan Ke atas : RM 2,200 |
| Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 200 1 hingga 2 Anak : RM 450 3 hingga 5 Anak : RM 700 5 Anak dan Ke atas : RM 950 |
| Warga emas tiada pasangan | RM 600 |
| Bujang | STR Tiada, Diganti Dengan SARA |
JUMLAH BANTUAN STR 2026 FASA 2
Perincian mengenai jumlah bantuan STR 2026 Fasa 2 telah ditetapkan mengikut klasifikasi dan kriteria kelayakan penerima sepertimana yang digariskan di bawah:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN STR 2026 (FASA 2) |
|---|---|
| Isi Rumah Berpendapatan Kasar Bulanan RM2,500 dan Ke Bawah | Tiada anak : RM200 1 hingga 2 anak : RM300 3 hingga 4 anak : RM400 5 anak & ke atas : RM500 |
| Isi Rumah Berpendapatan Kasar Bulanan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada anak : RM100 1 hingga 2 anak : RM100 3 hingga 4 anak : RM150 5 anak & ke atas : RM200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan Berpendapatan Kasar Bulanan RM5,000 dan Ke Bawah | RM150 |
| Bujang Berpendapatan Kasar Bulanan RM2,500 dan Ke Bawah | – |
Nota Penting: Berkuat kuasa tahun 2026, struktur bantuan bagi kategori bujang telah diselaraskan sepenuhnya di bawah inisiatif SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dengan nilai keseluruhan RM600 setahun. Penyaluran dana ini dilaksanakan secara berkala pada kadar RM50 sebulan melalui sistem pembayaran tanpa tunai MyKad.
KADAR TAMBAHAN STR
Kerajaan bakal meneruskan pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan kepada semua penerima STR 2026 (Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan) sama ada berstatus eKasih atau BUKAN eKasih dengan bayaran tambahan yang diberikan sehingga RM2,400 setahun (eKasih) dan RM1,200 setahun (BUKAN eKasih).
Sebagai penghargaan kepada rakyat Malaysia, Kerajaan turut menyediakan Bantuan Tambahan (SARA) sebanyak RM100 setiap seorang secara sekaligus (one-off) pada pertengahan bulan Februari 2026.
SEMAKAN STR 2026
Panduan lengkap cara semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2026 boleh dilakukan secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Laman Portal MySTR 2026 akan dipaparkan.
- Pada paparan tersebut, klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan [No Kad Pengenalan] pada ruangan tersebut.
- Seterusnya, klik pada butang [Semak].
- Paparan seterusnya menunjukkan [Kata Kunci Keselamatan].
- Jika ianya betul, sila klik butang [Ya].
- Masukkan [Kata Laluan] seperti yang telah diciptakan.
- Kemudian, klik pula butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Terus klik butang [Semakan Permohonan].
- Status permohonan akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA DAPATKAN SEMULA KATA LALUAN STR JIKA TERLUPA/HILANG
Sekiranya pemohon terlupa kata laluan asal, pemohon boleh cipta kata laluan baru seperti berikut:
- Untuk dapatkan balik kata laluan/ password log masuk Portal Rasmi MYSTR 2026 yang terlupa atau hilang, sila tekan pautan ini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/TerlupaKataLaluan
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Kemudian, klik [Semak].
- Sila masukkan Alamat e-Mail yang berdaftar.
- Seterusnya, tekan butang [Hantar].
- Sila semak e-Mail untuk kata laluan baru.
- Anda akan menerima e-Mail : makluman penukaran Kata Laluan ID Sumbagan Tunai Rahmah 2026.
- Dalam e-Mail tersebut akan dipaparkan maklumat ID Sumbangan Tunai Rahmah anda.
- ID Pengguna : No MyKad anda.
- Kata Laluan Sementara : Semak e-Mail anda.
- Sila login Portal MySTR menggunakan ID pengguna dan kata laluan sementara di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
- Masukkan [No Kad Pengenalan] pada ruangan tersebut.
- Seterusnya, klik pada butang [Semak].
- Paparan seterusnya menunjukkan [Kata Kunci Keselamatan].
- Jika ianya betul, sila klik butang [Ya].
- Masukkan [Kata Laluan] seperti yang telah diciptakan.
- Kemudian, klik pula butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Terus klik butang [Semakan Permohonan].
- Status permohonan akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH PEMBAYARAN STR 2026
Bantuan STR 2026 akan dibayar mengikut kaedah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KAEDAH PENGKREDITAN |
|---|---|
| Penerima mempunyai akaun bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
| Penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
TARIKH BAYARAN STR 2026
Berikut merupakan tarikh rasmi Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dilaksanakan secara berfasa mengikut jadual berikut:
| PELAKSANAAN FASA | TARIKH BAYARAN STR |
|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari 2026 |
| Fasa 2 | Akan dikemaskini |
| Fasa 3 | – |
| Fasa 4 | – |
Nota Penting: Bagi menjamin ketepatan maklumat, kami komited untuk mengemas kini jadual pembayaran STR 2026 secara masa nyata (real-time). Anda dinasihatkan untuk merujuk portal ini secara berkala bagi mendapatkan pengumuman rasmi daripada pihak Kerajaan Malaysia mengenai perincian setiap fasa bantuan.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan STR 2026:
- Bagaimanakah cara semakan STR 2026 secara online?
- Anda boleh membuat semakan status kelayakan di Portal Rasmi STR (Portal MySTR).
- Bilakah semakan STR 2026 boleh dibuat?
- Semakan boleh dilakukan sebaik sahaja tarikh permohonan STR dan pelaksanaan bayaran diumumkan.
- Apakah maksud status ‘Dalam Proses’ pada semakan STR?
- Status ‘Dalam Proses’ pula adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2026.
- Bagaimana jika status semakan STR 2026 menunjukkan ‘Tidak Lulus’?
- Bagi permohonan yang ‘Tidak Lulus’, pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2026 untuk mengenal pasti Alasan Tidak Lulus dan dokumen sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR.
- Adakah boleh kemas kini maklumat sebelum semakan STR dibuka?
- Ya. Anda boleh kemas kini maklumat peribadi anda pada bila-bila masa sahaja sebelum pelaksanaan pembayaran STR.
TALIAN BANTUAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib seperti
dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 [ Waku Operasi : 9.00 pagi-5.00 petang]
- Hotlink MOF : 03-88824565/03-88824566
- e-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.
Artikel Terkenal Bagi Tahun 2026: