SEMAKAN STATUS TAWARAN HAJI : CEK NAMA LAYAK ATAU TIDAK
Musim Haji pada tahun 1446H/2025M bakal tiba dan Lembaga Tabung Haji (TH) akan meneruskan Bantuan kewangan Haji secara bersasar kepada bakal jemaah haji Muassasah yang pertama kali dapat menunaikan ibadat haji.
Bantuan Kewangan Haji pada musim haji kali ini dianggarkan berjumlah RM261 juta dan ini menjadikan jumlah terkumpul meningkat kepada lebih RM2.8 billion dalam masa 25 tahun yang sekaligus memberikan kesan langsung terhadap kemampanan kewangan TH dan pulangan kepada pendeposit.
Bagaimanakah semak status tawaran haji layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PORTAL PENDAFTARAN BANTUAN RM100 MYKAD : DAFTAR SEKARANG
JUMLAH JEMAAH DISAHKAN STATUS TAWARAN HAJI
Kuota untuk menunaikan ibadat haji bagi setiap negera adalah terhad pada setiap tahun dan jumlah bakal jemaah di Malaysia yang telah disahkan status tawaran Musim Haji pada 1446H/2025M adalah seramai lebih 31,600 merangkumi golongan B40, M40 dan juga T20.
SEMAKAN STATUS TAWARAN HAJI
Seramai lebih 31,600 bakal jemaah Haji Muassasah telah disahkan boleh mula membuat semakan dan menjawab tawaran haji melalui :
- Laman web rasmi; atau
- Memuatnaik aplikasi THiJARI.
Berikut panduan semakan status di laman web rasmi :
- Sila layari laman web rasmi di sini : https://www.thijari.com.my/.
- Kemudian, masukkan ID anda seperti yang didaftarkan.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, pilih menu [Perhidmatan Haji].
- Klik [Semak Tawaran Haji].
- Status panggilan haji bagi musim haji 1446H/2025M akan dipaparkan (sekiranya layak).
- Selesai.
KOS BAYARAN HAJI
KELAYAKAN JEMAAH | KOS BAYARAN HAJI |
---|---|
B40 | Bantuan Kewangan Haji TH : RM17,300 Bantuan Kerajaan : RM1,000 Jemaah perlu bayar : RM15,000 |
M40 | Bantuan Kewangan Haji TH : RM9,800 Bantuan Kerajaan : – Jemaah perlu bayar : RM23,500 |
T20 | Bantuan Kewangan Haji TH : – Bantuan Kerajaan : – Jemaah perlu bayar : RM33,300 |
KOS BAYARAN RAYUAN HAJI
Bagi bakal haji yang membuat rayuan luar giliran untuk menunaikan haji secara Muassasah, khususnya yang terpilih melalui proses rayuan perlu membayar penuh Kos Haji selari dengan syarat istito’ah yang mana akan dikenakan bayaran penuh iaitu :
KOS BAYARAN RAYUAN HAJI |
---|
RM33,300 seorang |
Namun, terdapat tiga (3) pengecualian akan diberikan untuk kes rayuan bayaran penuh seperti :
- Mahram;
- Pengiring Jemaah :
- Lanjut usia;
- Pengiring kelainan upaya (OKU).
- Giliran sebelum Tahun Semasa.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Haji, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Tabung Haji : +603-6207 1919
- E-mel Rasmi :[email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.tabunghaji.gov.my/ms/berita/isn-12162024-1200/th-teruskan-bantuan-bersasar-bagi-musim-haji-1446h2025m.