SEMAKAN STATUS STR FASA 1 2026
Kementerian Kewangan (MOF) secara rasminya mengumumkan bahawa Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Tahun 2026 akan mula dibayar kepada penerima yang layak pada akhir Januari ini. Dengan peruntukan keseluruhan mencecah RM15 bilion bagi tahun 2026—jumlah terbesar dalam sejarah negara—kerajaan menyasarkan bantuan ini untuk mengukuhkan “lantai kehidupan” rakyat selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI. Bagi fasa pertama ini sahaja, sebanyak RM1.1 bilion sedia disalurkan bagi meringankan beban 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan di seluruh negara.
Berbeza dengan pelaksanaan sebelum ini, STR 2026 kini disepadukan secara lebih kemas dengan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk memberikan sokongan berterusan, bukannya secara bermusim. Penerima bakal menerima bantuan antara RM100 sehingga RM500 bagi Fasa 1, mengikut kategori pendapatan dan kelayakan masing-masing. MOF turut menegaskan bahawa proses verifikasi kini lebih ketat di mana semakan berkala dilakukan setiap suku tahun terhadap pemilikan aset seperti kenderaan, kediaman, dan perniagaan bagi memastikan bantuan benar-benar sampai kepada golongan sasar yang berpendapatan RM5,000 ke bawah.
Bagi mengelakkan risiko keciciran, portal rasmi kini dibuka sepanjang tahun untuk permohonan baharu dan rayuan. Namun, diingatkan agar semua pemohon memberikan maklumat yang benar kerana tindakan undang-undang boleh diambil terhadap sebarang cubaan memberikan maklumat palsu. Menjelang tarikh pembayaran bantuan ini, adalah penting untuk anda memastikan status permohonan anda telah diluluskan oleh pihak LHDN.
Bagaimanakah semakan status STR Fasa 1 2026? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk langkah semakan yang pantas dan selamat.
JUMLAH PENERIMA STR FASA 1 2026
Seramai lebih 5 juta penerima yang layak terima bayaran Bantuan STR Fasa 1 yang terdiri daripada kategori berikut:
| Kategori | Jumlah Penerima |
|---|---|
| Isi Rumah | 3.7 juta penerima |
| Warga Emas Tiada Pasangan | 1.3 juta penerima |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA 2026
Bagi memastikan bantuan disalurkan secara bersasar, Kementerian Kewangan telah menetapkan kriteria kelayakan yang khusus bagi permohonan bantuan fasa pertama ini. Berikut adalah syarat kelayakan serta kategori penerima yang layak memohon manfaat STR bagi tahun 2026:
| Kategori Penerima | Syarat Kelayakan |
|---|---|
| Isi Rumah (STR & SARA) | Pemohon – Warganegara Malaysia yang menetap dan bekerja di Malaysia; – Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah. Pasangan – Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau – Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS). Anak – Hubungan mestilah Anak Kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau Anak Angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan – Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan – Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: > 18 tahun dan ke bawah; atau > 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Swasta (IPTS). |
| Warga Emas Tiada Pasangan (STR & SARA) | – Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja; – Had umur 60 tahun dan ke atas; dan – Bekerja di Malaysia dengan pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah. |
| Bujang (SARA) | – Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja; – Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau – Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun hingga 59 tahun; dan – Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; serta – Bekerja di Malaysia dengan pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah. |
KATEGORI PENERIMA STR FASA 1 2026
Bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan, kerajaan telah menetapkan beberapa kategori khusus untuk penyaluran Fasa 1. Sila rujuk jadual di bawah untuk melihat senarai kategori penerima yang terlibat:
| Kategori | Penerima STR FASA 1 2026 |
|---|---|
| Isi Rumah (STR & SARA) | – Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau – Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak. |
| Warga Emas Tiada Pasangan (STR & SARA) | – Bujang; atau – Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta – Had umur 60 tahun dan ke atas. |
| Bujang (SARA) | – Bujang; atau – Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta – Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau – Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan – Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa. |
SEMAKAN STATUS STR FASA 1 2026
Ikuti cara semak status kelayakan sebagai penerima Bantuan STR seperti berikut :
| Portal Rasmi | Pautan |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di atas.
- Terus klik pada [Log Masuk].
- Isikan ruangan dengan No. Kad Pengenalan anda.
- Tanpa jarak dan tanpa sengkang (-).
- Klik pada butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan.
- Jika ianya betul, klik pada butang [Ya].
- Isikan ruangan seterusnya dengan Kata Laluan.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Papan pemuka akan dipaparkan.
- Teruskan pada butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima STR Fasa 1 2026 akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA BAYARAN
Terdapat dua (2) kaedah pengkreditan Bantuan STR disediakan untuk memudahkan penerima menerima bayaran. Berikut merupakan jenis-jenis bayaran Bantuan STR Fasa 1 2026:
| Kategori | Jenis Bayaran |
|---|---|
| Penerima yang ada akaun bank dan melengkapkan maklumat akaun bank | Pengkreditan secara langsung ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang dilengkapkan |
| Penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’ | Mengambil wang Bantuan STR secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat. |
JADUAL BAYARAN STR FASA 1 2026
Bayaran Bantuan STR untuk Fasa 1 bagi tahun 2026 bakal dilaksanakan mengikut jadual seperti berikut:
| Jenis Bayaran | Tarikh Bayaran |
|---|---|
| Pengkreditan secara terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan | 20 Januari 2026 |
| Tuntutan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan | Mulai 20 Januari 2026 |
KADAR BAYARAN STR FASA 1 2026
Jumlah Bantuan STR untuk Fasa 1 2026 akan diberikan sehingga RM500 namun ianya tertakluk kepada kategori penerima seperti berikut:
| Kategori Penerima | Kadar Bayaran |
|---|---|
| Isi Rumah (B40) Pendapatan Kasar RM2,500 dan Ke Bawah Sebulan | Tiada Anak: RM200 1-2 Anak: RM300 3-4 Anak: RM400 5 Anak dan Ke Atas: RM500 |
| Isi Rumah (M40) Pendapatan Kasar RM2,501 hingga RM5,000 Sebulan | Tiada Anak: RM100 1-2 Anak: RM100 3-4 Anak: RM150 5 Anak dan Ke Atas: RM200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan Kasar RM5,000 dan Ke Bawah Sebulan | RM150 |
| Bujang Pendapatan Kasar RM2,500 dan Ke Bawah Sebulan | Tiada STR |
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
- Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.
Terbaik
Sarah 2026