SEMAKAN STATUS STR 2026 : SEMAK KELAYAKAN ANDA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN STATUS STR 2026 : SEMAK KELAYAKAN ANDA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) perlulah disemak untuk mengetahui sama ada layak atau tidak layak menerima bayaran dan berapa jumlah bayaran yang layak diterima mengikut kategori dan syarat penerima.

Bagaimanakah cara semakan status STR 2026? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : LOGIN PORTAL STR 2026 : CARA LOG MASUK AKAUN MYSTR

SYARAT KELAYAKAN STR 2026

  • KATEGORI ISI RUMAH :
    • Warganegara Malaysia;
    • Tiada had umur;
    • Berpasangan ada atau tiada anak; atau
    • Ibu / bapa tunggal ada anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • KATEGORI WARGA EMAS :
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Tiada pasangan / balu / duda / janda tiada anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan warga emas tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • KATEGORI BUJANG :
    • Warganegara Malaysia;
    • Had umur 21 hingga 59 tahun;
    • Bujang / balu / duda / janda yang tiada anak;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan bujang tidak melebihi RM2,500 sebulan.

JUMLAH BAYARAN STR 2026

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibayar kepada setiap kategori dengan jumlah yang berbeza melibatkan peruntukan sebanyak RM15 billion. Berikut merupakan jumlah bayaran STR 2026 :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
STR 2026
Isi Rumah B400 anak : RM700
1-2 : RM1,200
3-4 : RM1,700
>5 : RM2,200
Isi Rumah M400 anak : RM200
1-2 : RM450
3-4 : RM700
>5 : RM950
Warga EmasRM600
Bujang

DAFTAR AKAUN STR 2026

Sebelum membuat semakan status, pemohon perlu mendaftar akaun STR yang baru walaupun telah mempunyai akaun sebelum ini. Ikuti cara pendaftaran akaun STR 2026 seperti berikut :

  1. Terus ke Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Anda akan dipaparkan Halaman Utama mySTR.
  3. ⁠klik butang [LOG MASUK].
  4. ⁠Isi No Kad Pengenalan anda.
  5. ⁠Seterusnya, klik butang [Semak].
  6. ⁠Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik [Daftar Pengguna Baharu] untuk meneruskan.
  7. Isi Nombor Kad Pengenalan anda.
  8. Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
  9. Kemudian, klik [Hantar Emel Pengesahan].
  10. Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
  11. ⁠Klik [Sahkan Akaun Saya].
  12. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
  13. ⁠Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
  14. ⁠Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
    • *Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
  15. ⁠Tekan butang [Seterusnya].
    • *Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
  16. ⁠Kemudian, klik [Daftar Akaun].
  17. ⁠Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya.
  18. Anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
  19. ⁠Selesai.

SEMAKAN STATUS STR 2026

Berikut merupakan panduan cara semakan status penerima STR 2026 :

  1. Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan di halaman : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login .
  2. Klik butang [Semak].
  3. Kemudian, Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  4. Seterusnya, klik butang [Semak].
  5. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  6. ⁠Klik butang [Log Masuk].
  7. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  8. Selah log masuk, klik butang [Semakan Permohonan].
  9. Status kelayakan akan dipaparkan.
  10. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT STR

Maklumat yang disiarkan dalam artikel ini adalah dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi STR. Untuk maklumat yang lebih lanjut berkaitan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, rujuk di bawah :

  • Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747
  • Talian Hotline MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-Mel : [email protected]
  • Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

Leave a Comment