SEMAKAN STATUS SKAS 2025 : CHECK LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (RM800 & RM400 & RM250)
Bagi meringankan bebanan kos sara hidup rakyat di negeri Sarawak, Primier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah membentangkan beberapa bantuan yang akan disalurkan kepada rakyat Sarawak termasuk Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
Bagaimanakah semakan status skas bantuan sumbangan keperluan asas sarawak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKASIH : CEK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM100 & RM50 SEBULAN)
APA ITU SKAS 2025
SKAS atau dikenali sebagai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak yang merupakan sebuah inisiatif bagi meringankan bebanan kos sara hidup terutamanya untuk menampung kos pembelian barangan keperluan asas seperti barangan dapur, kelengkapan harian dan sebagainya.
Inisiatif SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) dijangka akan memanfaatkan kira-kira 850,000 ribu rakyat Sarawak yang berpendapatan rendah dan sederhana bagi sepanjang tahun 2025 ini.
KELAYAKAN MELEPASI STATUS SKAS 2025
Hanya warga Sarawak yang memenuhi kelayakan berikut sahaja akan melepasi status SKAS, antara kelayakannya ialah :
- Kriteria Umum :
- Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
- Beralamat dan menetap di Sarawak.
- Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
- Kategori Penerima :
- Isi Rumah :
- Berkahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Tiada had umur.
- Bujang :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
- Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
- Had umur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
- Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
- Warga Emas :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Had umur 60 tahun dan ke atas.
- Isi Rumah :
SEMAKAN STATUS SKAS 2025
Untuk mengetahui status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan SKAS, ikuti panduan cara semakan status berikut :
- Pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah.
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Bantuan SKAS Sarawak di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.
- Anda akan dibawa ke halaman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
- Kemudian, sila scroll ke bawah sekali dan anda akan dapat lihat butang untuk semakan.
- Tekan butang “Check Eligibility”.
- Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
- Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
- Klik butang “NEXT”.
- Kemudian, tekan “My Individual Account”.
- Di laman ini, anda sudah boleh buatSEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
- Klik “Search”.
- Paparan Notifikasi Nama anda Lulus atau Tidak sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2025 akan dipaparkan.
- Selesai.
KADAR BANTUAN SKAS 2025
Daripada seramai 850,000 ribu penerima, kadar bantuan SKAS akan disalurkan mengikut kelayakan setiap penerima seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | KADAR BANTUAN SKAS |
---|---|
ISI RUMAH (Pendapatan Bawah RM5,000) | RM800 |
WARGA EMAS (Pendapatan Bawah RM5,000) | RM400 |
BUJANG (Pendapatan Bawah RM2,500) | RM250 |
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SKAS, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 6082441686
- Alamat Emel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.
Semak & Mohon Bantuan SKAS 2025
boleh kah saya menggunakan nama isteri saya untuk buat pendaftaran sarawak id ? sebab saya lupa username sarawak id,password,email & no telefon yang digunakan