SEMAKAN STATUS EKASIH 2026 RM200 SEBULAN : BAYARAN AKAN DIKREDIT MASUK DALAM IC PENERIMA YANG LEPAS KELAYAKAN
Berdasarkan rekod data eKasih, kira-kira seramai lebih 400,000 ribu individu yang tersenarai. Namun, hanya sebahagian sahaja yang layak terima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah sebanyak RM200 sebulan untuk sepanjang tahun 2026.
Bagaimanakah semakan status eKasih RM200 sebulan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN STR 2026 FASA 1 TARIKH BAYAR : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
CARA PENYALURAN EKASIH 2026 RM200 SEBULAN
Satu (1) sahaja cara Bantuan eKasih RM200 sebulan disalurkan kepada penerima yang layak. Berikut merupakan cara penyaluran dan kegunaannya :
| CARA PENYALURAN | KEGUNAAN |
|---|---|
| RM200 sebulan disalurkan secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan (IC) penerima | Bantuan RM200 sebulan dalam Kad Pengenalan (IC) perlu digunakan untuk beli barang dapur, produk penjagaan diri, ubat-ubatan, barang sekolah, keperluan asas bayi, produk kebersihan rumah dan sebagainya |
TARIKH PENYALURAN EKASIH 2026 RM200 SEBULAN
Penyaluran Bantuan eKasih RM200 sebulan dilaksanakan pada tarikh-tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| TARIKH PENYALURAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| 09 Januari 2026 | RM200 |
| 01 Februari 2026 | RM200 |
| 01 Mac 2026 | RM200 |
| 01 April 2026 | RM200 |
| 01 Mei 2026 | RM200 |
| 01 Jun 2026 | RM200 |
| 01 Julai 2026 | RM200 |
| 01 Ogos 2026 | RM200 |
| 01 September 2026 | RM200 |
| 01 Oktober 2026 | RM200 |
| 01 November 2026 | RM200 |
| 01 Disember 2026 | RM200 |
SIAPA LAYAK EKASIH RM200 SEBULAN
Bantuan RM200 sebulan hanya diberikan kepada yang benar-benar layak serta memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan eKasih seperti berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Kategori | Ketua Isi Rumah (KIR) |
| Status Perkahwinan | Berkahwin atau Balu / Bercerai (ada anak) |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan semasa & tersenarai dalam rekod data eKasih sebagai Miskin & Miskin Tegar |
| Kelulusan STR | Lulus sebagai Isi Rumah B40 |
SEMAKAN STATUS EKASIH 2026 RM200 SEBULAN
Portal Semakan eKasih dibuka untuk semakan status pendaftaran bagi rakyat yang telah mendaftar eKasih. Ikuti cara semakan status seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN |
|---|---|
| E-Kasih | https://ekasih2.icu.gov.my/ |
- Sila layari Portal Semakan e-Kasih di atas.
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
Setelah itu, untuk tahu anda layak atau tidak terima bayaran RM200 sebulan dalam IC, ikuti cara semakan status seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN |
|---|---|
| MyKasih | https://mykasih.com.my/ |
- Sila layari Portal Semakan MyKasih di atas.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 7720 1800 /https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian eKasih : 03 8000 8000 /https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.