SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 4 2025 : SEMAK SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 4 2025 : SEMAK SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Seramai 200,000 penerima baharu yang diluluskan dan layak untuk menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 bersama dengan 8.6 juta penerima sedia ada dengan jumlah bayaran bermula RM100 sehingga RM700.

Bagaimanakah semakan status bayaran STR Fasa 4? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK SARA 2026 (BANTUAN ASAS RAHMAH MYKASIH)

🏧 JENIS PENERIMAAN BAYARAN STR

Dua (2) jenis penerimaan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) disediakan untuk memudahkan semua penerima sama ada mempunyai akaun bank atau yang tiada akaun bank. Berikut merupakan dua (2) jenis bayaran :

PENERIMA ADA AKAUN BANKPENERIMA TIADA AKAUN BANK
Dikreditkan terus melalui sistem
“IBG Fund Transfer” ke dalam
akaun bank penerima / pasangan
Dibayar secara tunai di kaunter
mana-mana cawangan Bank
Simpanan Nasional (BSN)

🗓️ TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 bukanlah dilaksanakan secara serentak kepada semua 8.8 juta penerima. Namun, Kerajaan melaksanakannya secara berperingkat kepada penerima sedia ada dan penerima baharu mengikut tarikh berikut :

  • Penerima Sedia Ada :
JENIS PENERIMAANTARIKH BAYARAN
Pengkreditan dalam akaun18 Oktober 2025
hingga
24 Oktober 2025
Pembayaran tunai di BSNMulai 21 Oktober 2025
  • Penerima Baharu :
JENIS PENERIMAANTARIKH BAYARAN
Pengkreditan dalam akaunMulai 13 November 2025
Pembayaran tunai di BSNMulai 13 November 2025

💰 JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 2025

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 melibatkan implikasi sebanyak RM2 billion untuk disalurkan kepada 8.8 juta penerima yang layak dengan jumlah yang mengikut kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah :
BIL. TANGGUNGANJUMLAH BAYARAN
TiadaRM200
1 – 2 orangRM350
3 – 4 orangRM500
5 orang ke atasRM700
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :
BIL. TANGGUNGANJUMLAH BAYARAN
TiadaRM100
1 – 2 orangRM150
3 – 4 orangRM250
5 orang ke atasRM350
  • Warga Emas Tiada Pasangan :
BIL. TANGGUNGANJUMLAH BAYARAN
TiadaRM150
  • Bujang :
BIL. TANGGUNGANJUMLAH BAYARAN
TiadaRM150

📝 SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 4 2025

Mudah sahaja untuk menyemak status kelayakan dan status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4. Ikuti panduan lengkap cara semak status kelayakan dan status bayaran seperti berikut :

  1. Layari laman web STR Rasmi :
  2. Tutup Pop-up ‘Makluman terkini’ :
    • klik butang [TUTUP] pada paparan makluman terkini.
  3. Masukkan maklumat peribadi :
    • Isikan ruangan yang disediakan dengan ‘Nombor Kad Pengenalan’ anda tanpa sengkang (-) da tanpa jarak.
  4. Log Masuk :
    • Klik pada butang [Log Masuk] di bawah.
  5. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan :
    • Kata kunci keselamatan akan dipaparkan, klik [Ya] jika betul.
  6. Masukkan Kata Laluan :
    • Isikan ruangan yang disediakan dengan ‘Kata Laluan’ yang betul.
  7. Log Masuk :
    • Sekali lagi klik butang [Log Masuk].
  8. Paparan Dashboard Pemohon :
    • Sekiranya berjaya log masuk, Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  9. Terus ke ‘Semakan’ :
    • Klik pada butang [Semakan Permohonan].
  10. Status Kelayakan & Bayaran :
    • Status kelayakan penerima dan status bayaran STR Fasa 4 akan dipaparkan.
  11. Selesai.

💭 SOALAN LAZIM STR

  1. Adakah permohonan STR Fasa 4 masih dibuka?
    • Permohonan STR Fasa 4 dibuka sehingga 28 September 2025 sahaja.
  2. Berapakah bilangan penerima STR Fasa 4 2025?
    • Terdapat pertambahan bilangan penerima untuk bayaran STR Fasa 4 iaitu seramai 8.8 juta rakyat.
  3. Adakah 200,000 penerima baharu akan menerima bayaran STR Fasa 4 sekali dengan penerima sedia ada?
    • Penerima baharu akan menerima bayaran bermula 13 November 2025, manakala penerima sedia ada menerima bayaran bermula 18 Oktober 2025.
  4. Dimanakah penerima boleh mengambil bayaran tunai?
    • Penerima yang tiada akaun, penerima status ‘gagal kredit’ dan penerima di pedalaman Sabah dan Sarawak boleh mengambil bayaran STR secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional terdekat.
  5. Bolehkah penerima yang ada akaun bank dan telah mendaftar akaun tersebut mengambil bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)?
    • Penerima yang ada akaun bank dan telah mendaftar akaun tersebut dalam permohonan STR perlu menunggu bayaran masuk (semak status bayaran sama ada dalam proses kredit atau gagal kredit) sekiranya gagal kredit, penerima boleh menuntut bayaran tunai di BSN.

📞 RUJUKAN STR

Pihak kami hanya berkongsi maklumat yang dirujuk daripada Portal Rasmi STR berkaitan bayaran dan cara semakan status penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi memudahkan capaian orang ramai berkaitan bayaran Fasa 4. Untuk rujukan lebih lanjut di bawah :

Leave a Comment