SEMAKAN SKAS SARAWAK 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN KEPERLUAN ASAS (RM1100 & RM600 & RM375)
Terkini! Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, telah mengumumkan inisiatif baharu dalam pembentangan Belanjawan Negeri Sarawak, iaitu Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi memenuhi keperluan asas rakyat Sarawak.
Bagaimanakah semakan skas Sarawak 2026? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN TAMBAHAN STR : 2026 ONLINE SEMAKAN STATUS
PENGENALAN SKAS SARAWAK
Dalam pembentangan Belanjawan Negeri Sarawak, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, telah mengumumkan satu inisiatif bantuan melalui Program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
Inisiatif ini merupakan bantuan kewangan yang disediakan khusus untuk anak Sarawak daripada golongan berpendapatan rendah dan akan diberikan dalam bentuk baucar digital, yang boleh digunakan melalui aplikasi S Pay Global (e-wallet) bagi pembelian barangan makanan asas. Melalui bantuan ini, penerima layak membeli barangan makanan asas seperti beras, tepung, minyak masak, dan keperluan asas lain.
SYARAT KELAYAKAN SKAS SARAWAK
Kelayakan penerima bantuan SKAS Sarawak 2026 terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Anak Kelahiran Sarawak;
- Pemegang Kad Pengenalan ‘K’ yang beralamat dan menetap di Sarawak;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
Kategori & Kelayakan Penerima :
| KATEGORI | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Isi Rumah | Berkahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda (Ada Anak); Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; Tiada had umur |
| Warga Emas | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda (Tiada Anak); Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; Had umur 60 tahun dan ke atas |
| Bujang | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda (Tiada Anak); Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; Bujang berumur antara 21-59 tahun; Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19-59 tahun; Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa |
CARA MOHON SKAS SARAWAK
Untuk makluman anda, Bantuan SKAS tidak memerlukan permohonan. Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, dan merupakan penerima bantuan STR 2026, nama anda akan disenaraikan secara automatik berdasarkan data penerima STR untuk anda menerima bantuan ini.
SEMAKAN SKAS SARAWAK
Status kelayakan penerima SKAS 2026 boleh disemak secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan SKAS 2026 di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/
- Pergi ke bawah dan Klik [Semak Kelayakan] atau [Check Eligibility].
- Masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan) tanpa (-) diruangan [Nombor MyKad] atau [MyKad Number].
- Kemudian, klik [Cari] atau [Search].
- Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima bantuan SKAS mengikut contoh seperti berikut :
| Nama (Name) | Ali Bin Abu |
| Nombor Kad Pengenalan (MyKad Number) | XXXXXX-XX-XXXX |
| Status | Layak (Eligible) |
| Kategori SKAS (SKAS Category) | Isi Rumah (Household) |
| Jumlah SKAS (SKAS Value) | RM1,100 |
AMAUN SKAS SARAWAK
Jumlah Bantuan SKAS Sarawak 2026 adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | TOTAL SETAHUN |
|---|---|---|---|---|
| Isi Rumah | RM316 | RM424 | RM360 | RM1,100 |
| Warga Emas | RM166 | RM234 | RM200 | RM600 |
| Bujang | RM100 | RM150 | RM125 | RM375 |
JADUAL PENGKREDITAN SKAS SARAWAK
Bantuan SKAS akan dikreditkan kepada penerima yang layak mengikut jadual berikut :
| FASA BAYARAN | TARIKH BAYARAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|---|
| Fasa 1 | 10 Mac 2026 | Isi Rumah : RM316 Warga Emas : RM166 Bujang : RM100 |
| Fasa 2 | 15 Mei 2026 | Isi Rumah : RM424 Warga Emas : RM234 Bujang : RM150 |
| Fasa 3 | 10 November 2026 | Isi Rumah : RM360 Warga Emas : RM200 Bujang : RM125 |
KAEDAH AGIHAN BAYARAN SARAWAK
Untuk makluman anda, bantuan ini akan disalurkan secara TANPA TUNAI (cashless), dimana bantuan akan disalurkan melalui akaun S PAY GOLBAL (Sarawak Pay) penerima iaitu sebuah platform dompet elektronik (e-wallet) bagi pembelian barangan keperluan asas.
| KAEDAH BAYARAN | PLATFORM |
|---|---|
| Secara Tanpa tunai (Baucar Digital) | Aplikasi S Pay Global (e-Dompet) |
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Pusat Talian Khidmat : +6082-555999
- e-Mel : [email protected]
- Laman Rasmi : https://service.sarawak.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/