SEMAKAN SARA UNTUK SEMUA 2026 : BAYARAN SECARA ONE-OFF AKAN DIKREDIT MASUK KE DALAM MYKAD PENERIMA JIKA LAYAK
Bantuan secara one-off untuk semua rakyat Malaysia bakal dilaksanakan pada Februari 2026, sempena Sambutan Ramadhan dan Tahun Baru Cina dan akan memanfaatkan seramai 22 juta penerima termasuk penerima sedia ada dan bukan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Bagaimanakah semakan sara untuk semua 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: JUMLAH BANTUAN ASAS RAHMAH ONE-OFF 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA SECARA ONE-OFF
SEMAKAN SARA UNTUK SEMUA 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN RASMI |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA UNTUK SEMUA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA UNTUK SEMUA.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status SARA UNTUK SEMUA : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : SARA UNTUK SEMUA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/02/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
SARA UNTUK SEMUA 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF 2026 dilaksanakan seperti berikut :
| Nama Program | SARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF) |
| Jumlah Bantuan (RM) | 100.00 |
| Tarikh Pembayaran | 9 Februari 2026 |
| Kaedah Pembayaran | Pengkreditan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima |
| Kelayakan | Warganegara Malaysia (berusia 18 tahun dan ke atas) tanpa mengira pendapatan |
PERMOHONAN SARA UNTUK SEMUA 2026
Kelayakan penerima adalah secara automatik kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas dan tiada sebarang permohonan diperlukan, termasuk penerima sedia ada dan bukan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan.
TEMPOH SAH SARA UNTUK SEMUA 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF akan dilaksanakan seperti berikut :
| TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN | TARIKH LUPUT KREDIT |
|---|---|
| 9 Februari 2026 | 31 Disember 2026 |
CARA PENGRKEDITAN SARA UNTUK SEMUA 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF dilaksanakan seperti berikut :
| NEGERI PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Semenanjung Malaysia | Pengkreditan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima |
| Sabah, Sarawak & W.P Labuan | Pengkreditan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima |
CARA TEBUS DUIT SARA UNTUK SEMUA
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
Senarai penuh kedai berdaftar dan barangan SARA boleh di semak di : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list dan https://mykasih.my/senarai-barang-mykasih/
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20-%20STR%20dan%20SARA%202026.pdf