SEMAKAN RM100 DALAM IC : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN SARA ONE OFF

SEMAKAN RM100 DALAM IC : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN SARA ONE OFF

Malaysia bakal menyambut Hari Kebangsaan tidak lama lagi, dan begitu juga bantuan one-off kepada 22 juta rakyat dewasa Malaysia yang akan mula disalurkan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan.

Bagaimanakah semakan status bantuan sara one off rm100 dalam ic? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: CARA TEBUS SARA RM100 : 2025 SEMAK BANTUAN SECARA ONLINE

SYARAT KELAYAKAN SARA ONE OFF RM100 DALAM IC

Kelayakan penerima bantuan SARA ONE-OFF 2025 adalah seperti berikut:

  • Setiap Warganegara Malaysia;
  • Berusia 18 tahun ke atas;
  • Tanpa mengira pendapatan;

SARA ONE-OFF RM100 akan disalurkan secara automatik kepada SEMUA rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan diatas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.

MANFAAT PELAKSANAAN SARA ONE OFF RM100 DALAM IC

Pelaksanaan bantuan SARA ONE-OFF RM100, yang disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima, boleh dibelanjakan untuk mendapatkan Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di bawah Program SARA di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara.

CARA SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SARA ONE OFF RM100 DALAM IC

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih;
  • Aplikasi MyKasih

Semakan di Portal MyKasih :

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] SARA ONE-OFF akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Semakan di Aplikasi MyKasih :

  1. Muat turun (Dowload) aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
    • Google Play (Bagi pengguna Android);
    • App Store (Bagi pengguna iOS);
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Status Kelayakan dan Maklumat Pembayaran SARA ONE-OFF akan dipaparkan.
  8. Selesai.

Untuk makluman, status kelayakan penerima SARA UNTUK SEMUA atau SARA ONE-OFF RM100 boleh disemak mulai 21 Ogos 2025.

TARIKH PENYALURAN BAYARAN RM100 DALAM IC

Bantuan RM100 ONE-OFF akan dikreditkan ke MyKad (Kad Pengenalan) penerima pada 31 Ogos 2025 (Ahad). Kredit yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.

CARA GUNA DUIT SARA ONE OFF RM100 DALAM IC

Penerima boleh menggunakan kredit SARA ONE-OFF untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan Asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE OFF.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  6. Selesai.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment