SEMAKAN RAYUAN STR (FASA 4 2025 BANTUAN)
Jika permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi Fasa 4 yang dikemukakan berstatus ‘Tidak Layak’ atau ‘Tidak Lulus’, pemohon masih boleh membuat rayuan bagi mendapatkan bayaran Fasa 4 yang akan dibayar pada bulan November ini kepada penerima baharu dan rayuan.
Bagaimanakah cara semakan rayuan STR? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PENDAFTARAN LESEN PERCUMA 2026 : REGISTER PERMOHONAN ONLINE SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)
CARA SEMAKAN STATUS STR 2025
Status permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sama ada ‘Lulus / Layak’ atau ‘Tidak Lulus / Tidak Layak’ boleh disemak secara atas talian (online) dan secara manual melalui beberapa cara seperti berikut :
- Cara Semakan 1 (Online) : Portal Rasmi STR.
- Layari Portal Rasmi STR https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/ dan log masuk akaun permohonan untuk semakan status.
- Cara Semakan 2 (Manual) : Pejabat LHDNM.
- Hadir ke mana-mana cawangan LHDN yang terdekat untuk semakan secara manual sekiranya tiada akses internet.
- Cara Semakan 3 (Talian) Hotline BKK & MOF.
- Hubungi talian BKK : 1800 88 2747 atau Hubungi talian MOF : 03 8882 4565 / 4566 (9 pagi – 5 petang).
TARIKH BAYARAN RAYUAN STR
Semua penerima sedia ada telahpun selesai menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025. Namun, penerima baharu dan penerima rayuan akan menerima bayaran mengikut tarikh seperti berikut :
- Pengkreditan ke akaun bank pemohon / pasangan (bagi yang ada akaun) :
- Bermula 13 November 2025 dan berperingkat.
- Penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) (bagi yang tiada akaun bank) :
- Bermula 13 November 2025.
*Penerima sedia ada telah selesai menerima bayaran Fasa 4 bermula 18 Oktober hingga 24 Oktober 2025.
MAKSUD STATUS STR 2025
Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merujuk kepada pengesahan status kelayakan permohonan dan pembayaran sama ada pemohon ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’ menerima bayaran untuk setiap fasa yang dilaksanakan.
Jika status pemohon dinyatakan ‘Layak’, pemohon akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan jumlah yang ditetapkan mengikut kategori dan bilangan tanggungan.
Namun, jika status pemohon dinyatakan ‘Tidak Layak’, pemohon masih berpeluang untuk kemukakan rayuan permohonan supaya kerajaan dapat mempertimbangkan semula kelayakan pemohon untuk menerima bayaran selayaknya.
MAKSUD STATUS PERMOHONAN STR 2025
Berikut merupakan maksud status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Status ‘Permohonan Diterima’ :
- Permohonan yang dihantar telah melalui proses verifikasi dan telah diterima oleh Kerajaan untuk pengesahan sama ada ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’.
- Status ‘Permohonan Dalam Proses’ :
- Permohonan yang dihantar sedang dalam proses verifikasi untuk kerajaan menentukan sama ada pemohon ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’.
*Bagaimanapun, pemohon masih dibenarkan untuk kemaskini permohonan dan akan diproses semula mengikut data baharu yang dikemaskini.
- Permohonan Disahkan ‘Lulus’ / ‘Layak’ :
- Jika pemohon memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan, Kerajaan akan meluluskan permohonan.
- Permohonan Disahkan ‘Tidak Lulus’ / ‘Tidak Layak’ :
- Jika pemohon didapati tidak memenuhi salah satu syarat yang ditetapkan, Kerajaan akan menyatakan status ‘Tidak Lulus’ / ‘Tidak Layak’ bersama dengan kod alasan kenapa tidak lulus. Namun, pemohon masih boleh membuat rayuan.
APA PERLU DILAKUKAN JIKA PERMOHONAN STR TIDAK LULUS
Sekiranya permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dinyatakan ‘Tidak Lulus’ / ‘Tidak Layak’, pemohon boleh melakukan cara-cara berikut :
- Sediakan dokumen sokongan bagi menyokong permohonan rayuan.
- Semak alasan Tidak Lulus untuk mengenalpasti kelayakan pemohon.
- Kemukakan rayuan permohonan secara online melalui Portal STR atau secara manual di pejabat LHDN.
TARIKH RAYUAN STR FASA 4 2025
Permohonan rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa 4 telah ditutupkan kerana bayaran Fasa 4 akan dilaksanakan bermula 13 November 2025 kepada penerima baharu dan pemohon yang telah membuat rayuan.
CARA KEMUKAKAN RAYUAN STR
Pemohon boleh kemukakan Rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara online di Portal STR dan secara manual di kaunter LHDN seperti berikut :
Rayuan Secara Online Di Portal STR :
- Layari Portal Rasmi STR 2025 : https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/.
- Log masuk ke akaun MySTR dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah anda tetapkan.
- Klik pada butang [Permohonan Rayuan] jika tarikh rayuan dibuka.
- Isi maklumat yang diperlukan dengan tepat dan lengkap.
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
- Klik butang [Hantar].
- Selesai.
Rayuan Secara Manual Di LHDN :
- Hadir ke mana-mana pejabat cawangan LHDN / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) terdekat.
- Dapatkan borang ‘Permohonan Rayuan STR 2025 (BK-01) secara percuma di kaunter atau muat turun dari Portal Rasmi STR.
- Isi borang tersebut dengan lengkap.
- Sertakan bersama dokumen sokongan yang diperlukan.
- Serahkan borang bersama dokumen sokongan di kaunter.
- Selesai.
*Nota : Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2025 secara online boleh dilakukan oleh semua pemohon berstatus ‘Tidak Lulus’. Kecuali pemohon yang berstatus ‘Kod Duplikasi’ dan ‘Kod 32 – Permohonan Luar Negara’ yang hanya boleh memohon rayuan secara manual di LHDN.
SEMAKAN RAYUAN STR FASA 4 2025
Status keputusan permohonan rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 boleh disemak secara online melalui Portal Rasmi STR seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/.
- Klik butang [TUTUP] pada pop-up maklumat terkini.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan anda.
- Klik butang [Log Masuk].
- Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan dipaparkan ‘Betul’.
- Masukkan Kata Laluan anda yang sah.
- Terus klik butang [Log Masuk].
- Profil pemohon akan dipaparkan.
- Kemudian, klik butang [Semakan Permohonan Rayuan].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar menulis artikel dengan tujuan untuk memudahkan orang ramai merujuk Cara Semakan Rayuan STR. Namun, untuk sebarang masalah atau maklumat lebih lanjut berkaitan Rayuan STR, pihak tuan / puan boleh rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman STR 2025 : https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/.
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]