SEMAKAN PENERIMA BAYARAN STR (BANTUAN FASA 4 2025)
Terkini! Sehari lagi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa akhir bagi tahun 2025 akan disalurkan kepada semua penerima yang layak termasuk Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan, yang diawalkan sempena sambutan perayaan Deepavali.
Bagaimanakah semakan penerima bayaran str fasa 4? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: LHDN BANTUAN SARA HIDUP (STR MYKASIH 2026) – SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
KATEGORI PENERIMA BAYARAN STR
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan 2026 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
KADAR KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 mengikut kategori kelayakan penerima adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 4 (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 200 1 hingga 2 Anak : RM 350 3 hingga 5 Anak : RM 500 5 Anak dan Ke atas : RM 700 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 100 1 hingga 2 Anak : RM 200 3 hingga 5 Anak : RM 250 5 Anak dan Ke atas : RM 350 |
Warga emas tiada pasangan | RM 150 |
Bujang | RM 150 |
SEMAKAN PENERIMA BAYARAN STR
Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 4] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN STR | TARIKH PEMBAYARAN STR |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac 2025 |
Fasa 3 | 12 Ogos 2025 |
Fasa 4 | 18 Oktober 2025 (Sabtu) |
JADUAL BAYARAN STR MENGIKUT BANK
Waktu pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ke akaun bank penerima adalah seperti jadual berikut :
JENIS BANK | WAKTU MASUK BAYARAN |
---|---|
Bank Simpanan Nasional (BSN) | Selepas 6 petang |
Bank Islam | Selepas 8 malam |
Affin Bank | Selepas 8 malam |
Ambank | Selepas 8 malam |
Maybank | Selepas 9 malam |
Cimb Bank | Selepas 9 malam |
RHB Bank | Selepas 9 malam |
Bank Muamalat | Selepas 10 malam |
Lain-lain bank | Selepas 10 malam |
Catatan : kemasukan bayaran ke akaun mungkin berbeza dan boleh mengambil masa antara tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja.
KAEDAH PENERIMA BAYARAN STR
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima ‘Tiada Akaun Bank’ atau status ‘Gagal Kredit’.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR
Persoalan lazim (FAQ) yang sering menjadi tanda tanya penerima STR adalah seperti berikut :
- Bilakah tarikh semakan penerima STR Fasa 4 dibuka?
- Semakan penerima boleh dilakukan bermula tarikh pembayaran STR Fasa 4 di Portal Rasmi STR 2025 : https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/
- Bagaimana jika status semakan menunjukkan ‘Dalam Proses’?
- Pembayaran dalam proses pengesahan oleh pihak berwajib, dan penerima boleh membuat semakan semula.
- Adakah semua kategori bakal menerima STR Fasa 4?
- Ya. Semua kategori Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima bayaran Fasa 4.
- Bagaimana jika akaun bank saya tidak aktif?
- Penerima boleh membuat tuntutan bantuan secara tunai di cawangan BSN berdekatan.
- Bila tarikh semakan STR 2026 akan dibuka.
- Tarikh semakan STR 2026 akan diumumkan oleh pihak MOF bermula tahun 2026.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]