SEMAKAN BAYARAN STR ONLINE (SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) disalurkan kepada penerima sedia ada dan penerima baharu secara berperingkat mengikut jenis akaun bank yang digunakan oleh penerima, bermula fasa satu (1) hingga fasa empat (4).
Bagaimanakah semakan bayaran str online? Ikuti info lanjut disini.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
PORTAL SEMAKAN STR ONLINE
Berikut merupakan Portal Rasmi STR untuk semakan status kelayakan dan pembayaran :
| PORTAL RASMI STR | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
SEMAKAN BAYARAN STR ONLINE
Status Bantuan STR 2026 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
SEMAKAN AMAUN BAYARAN STR
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 mengikut kategori kelayakan penerima adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR (RM) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 700 1 hingga 2 Anak : RM 1,200 3 hingga 5 Anak : RM 1,700 5 Anak dan Ke atas : RM 2,200 |
| Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 200 1 hingga 2 Anak : RM 450 3 hingga 5 Anak : RM 700 5 Anak dan Ke atas : RM 950 |
| Warga emas tiada pasangan | RM 600 |
| Bujang | – |
TARIKH PEMBAYARAN
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, adalah seperti berikut:
| FASA PEMBAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | 20 – 28 Januari 2026 |
| Fasa 2 | 10 – 30 Mac 2026 |
| Fasa 3 | Ogos 2026 |
| Fasa 4 | Oktober – November 2026 |
WAKTU BAYARAN STR MENGIKUT BANK
Waktu pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ke akaun bank penerima dijadualkan seperti berikut :
| JENIS BANK | WAKTU MASUK BAYARAN |
|---|---|
| Bank Simpanan Nasional (BSN) | Selepas 6 petang |
| Bank Islam | Selepas 8 malam |
| Affin Bank | Selepas 8 malam |
| Ambank | Selepas 8 malam |
| Maybank | Selepas 9 malam |
| Cimb Bank | Selepas 9 malam |
| RHB Bank | Selepas 9 malam |
| Bank Muamalat | Selepas 10 malam |
| Lain-lain bank | Selepas 10 malam |
Catatan : kemasukan bayaran ke akaun mungkin berbeza dan boleh mengambil masa antara tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja.
KAEDAH PEMBAYARAN
Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima ‘Tiada Akaun Bank’ atau status ‘Gagal Kredit’.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.