SEMAKAN ONLINE TERKINI MYKASIH 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Penambahbaikan pelaksanaan Program MyKasih dalam menyelaraskan cara pengkreditan kepada penerima pada tahun ini adalah bagi memudahkan rakyat untuk menerima dan menggunakan bantuan.
Bagaimanakah semakan online terkini MyKasih? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : JADUAL BAYARAN STR : (FASA 3) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
CARA KREDIT TERKINI MYKASIH 2025
Cara pengkreditan Bantuan MyKasih telah diselaraskan seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | CARA KREDIT MYKASIH |
---|---|
Semenanjung Malaysia | Dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam kad pengenalan penerima pada setiap bulan |
Sabah, Sarawak dan Labuan | Dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam kad pengenalan penerima pada setiap bulan |
SENARAI KEGUNAAN MYKASIH 2025
Bantuan MyKasih yang dikreditkan ke dalam kad pengenalan penerima adalah khas digunakan untuk pembelian barangan berikut :
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
TARIKH KREDIT TERKINI MYKASIH 2025
Berikut merupakan tarikh pengkreditan MyKasih yang terkini pada bulan ini :
JUMLAH PENERIMA KREDIT | TARIKH KREDIT MYKASIH |
---|---|
5.4 juta penerima sedia ada dan baharu | Bermula 01 Jun 2025 (Ahad) |
NILAI KREDIT TERKINI MYKASIH 2025
Pada 01 Jun 2025, Bantuan MyKasih dikreditkan dengan nilai sebanyak berikut :
KATEGORI PENERIMA | PENERIMA SEDIA ADA | PENERIMA BAHARU |
---|---|---|
ISI RUMAH | RM200 | RM100 |
WARGA EMAS | RM150 | RM50 |
BUJANG | RM50 | – |
SEMAKAN ONLINE TERKINI MYKASIH 2025
Status penerima dan baki Bantuan MyKasih boleh disemak secara online seperti panduan di bawah :
Panduan Semakan Status MyKasih Online :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
Panduan Semakan Baki MyKasih Online :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.