SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SKAS SARAWAK 2025 (RM800 & RM400 & RM250)

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SKAS SARAWAK 2025 (RM800 & RM400 & RM250)

Bantuan SKAS dikenali sebagai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak yang diperuntukan khas untuk membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup warga Sarawak yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) dengan menampung kos pembelian barangan keperluan asas.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan skas Sarawak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYKASIH SEMAKAN KELAYAKAN : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

JUMLAH NAMA PENERIMA BANTUAN SKAS SARAWAK 2025

Nama-nama penerima yang telah disahkan layak dan akan menerima Bantuan SKAS Sarawak bagi tahun 2025 adalah seramai :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH PENERIMA
YANG LAYAK
BANTUAN SKAS SARAWAK
ISI RUMAH, WARGA EMAS DAN BUJANG850,000 ribu

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SKAS SARAWAK 2025

Hanya yang memenuhi kelayakan seperti berikut sahaja akan menerima Bantuan SKAS Sarawak bagi tahun 2025 :

  1. Kriteria Umum :
    • Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
    • Beralamat dan menetap di Sarawak.
    • Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
  2. Kategori Penerima :
    • Isi Rumah :
      • Berkahwin; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Tiada had umur.
    • Warga Emas :
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Had umur 60 tahun dan ke atas.
    • Bujang :
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
      • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
      • Had umur 21-59 tahun.
      • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
      • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SKAS SARAWAK 2025

Untuk mengetahui nama penerima yang layak menerima Bantuan SKAS Sarawak, sila buat semakan di pautan rasmi seperti berikut :

  1. Pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah.
  2. Sila layari Portal Rasmi Semakan Bantuan SKAS Sarawak di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.
  3. Anda akan dibawa ke halaman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
  4. Kemudian, sila layarkan skrin ke bawah sekali dan anda akan dapat lihat butang untuk semakan.
  5. Tekan butang [Check Eligibility].
  6. Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
  7. Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
  8. Klik butang [NEXT].
  9. Kemudian, klik [My Individual Account].
  10. Di laman ini, anda sudah boleh buat SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
  11. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
  12. Klik butang [Search].
  13. Paparan Notifikasi Nama anda ‘Lulus’ atau ‘Tidak’ sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2025 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

HAD PENERIMAAN BANTUAN SKAS SARAWAK 2025

Kerajaan Negeri Sarawak akan memperuntukan sebanyak RM450 juta untuk dibahagikan kepada penerima mengikut had yang ditetapkan bagi setiap kategori penerima seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAHAD PENERIMAAN
BANTUAN SKAS SARAWAK
ISI RUMAHRM800
WARGA EMASRM400
BUJANGRM250

JENIS PENERIMAAN BANTUAN SKAS SARAWAK 2025

Penerimaan Bantuan SKAS Sarawak bukanlah diberikan secara tunai namun, Kerajaan Negeri Sarawak akan mengkreditkannya secara tanpa tunai ke dalam akaun e-Wallet melalui aplikasi S Pay Global untuk memudahkan penerima membuat pembelian secara tanpa tunai (cashless).

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SKAS, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :

Leave a Comment