SEMAKAN MYKASIH SARA ONLINE TERKINI 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) di bawah program MyKasih disasarkan kepada golongan miskin, miskin tegar dan yang terkini disasarkan juga kepada golongan bukan miskin (M40) yang telah disahkan ‘Layak’.
Bagaimanakah semakan MyKasih SARA online terkini? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : STR FASA 3 BILA MASUK : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
JUMLAH PENERIMA MYKASIH SARA TERKINI 2025
Pada setiap tahun, jumlah penerima Bantuan SARA MyKasih dinaikkan supaya lebih ramai rakyat dapat merasai manfaatnya. Berikut merupakan jumlah penerima yang terkini :
TAHUN PELAKSANAAN | JUMLAH PENERIMA |
---|---|
2023 | 0.2 juta penerima status miskin tegar |
2024 | 0.5 juta penerima status miskin dan miskin tegar |
2025 | 5.4 juta penerima status miskin, miskin tegar dan bukan miskin |
KADAR BAYARAN MYKASIH SARA TERKINI 2025
Setiap kategori akan menerima kadar bayaran Bantuan SARA MyKasih yang berbeza seperti berikut :
ISI RUMAH :
ISI RUMAH STATUS MISKIN & MISKIN TEGAR | ISI RUMAH STATUS ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
RM100 (3 bulan) dan RM200 (9 bulan) sehingga RM2,100 (setahun) | RM100 (9 bulan) sehingga RM900 (setahun) |
WARGA EMAS :
WARGA EMAS STATUS MISKIN & MISKIN TEGAR | WARGA EMAS STATUS ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
RM100 (3 bulan) dan RM150 (9 bulan) sehingga RM1,650 (setahun) | RM50 (9 bulan) sehingga RM450 (setahun) |
BUJANG :
BUJANG STATUS MISKIN & MISKIN TEGAR | BUJANG STATUS ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
RM50 (12 bulan) sehingga RM600 (setahun) | – |
TARIKH KREDIT MYKASIH SARA TERKINI 2025
Pengkreditan Bantuan SARA MyKasih mengikut tarikh-tarikh berikut :
- 15 Januari 2025 (Rabu)
- 01 Februari 2025 (Sabtu)
- 01 Mac 2025 (Sabtu)
- 01 April 2025 (Selasa)
- 01 Mei 2025 (Khamis)
- 01 Jun 2025 (Ahad)
- 01 Julai 2025 (Selasa)
- 01 Ogos 2025 (Jumaat)
- 01 September 2025 (Isnin)
- 01 Oktober 2025 (Rabu)
- 01 November 2025 (Sabtu)
- 01 Disember 2025 (Isnin)
SEMAKAN MYKASIH SARA ONLINE TERKINI 2025
Status dan baki bayaran Bantuan SARA boleh disemak secara online melalui portal rasmi MyKasih dan aplikasi MyKasih seperti berikut :
Cara Semakan Status MyKasih SARA Online :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
Cara Semakan Baki MyKasih SARA Online :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
KEGUNAAN MYKASIH SARA TERKINI 2025
Antara kegunaan Bantuan MyKasih SARA yang dikreditkan dalam MyKad adalah untuk pembelian barangan berikut :
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.