SEMAKAN KELULUSAN STR 2026 : SEMAK STATUS LULUS ATAU TIDAK BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

SEMAKAN KELULUSAN STR 2026 : SEMAK STATUS LULUS ATAU TIDAK BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemukakan oleh setiap pemohon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan akan diluluskan dan pemohon boleh mengetahui status kelulusan permohonan secara semakan online sahaja.

Bagaimanakah cara semakan kelulusan STR 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CARA PERMOHONAN MYKASIH 2026 : PANDUAN LENGKAP REGISTER BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)

CARA LULUS STR 2026

Mudah sahaja untuk lulus permohonan Bantuan STR 2026, pemohon perlulah ikut cara berikut :

  • Semak syarat kelayakan & pastikan memenuhi syarat tersebut ✅
  • Kemukakan permohonan ✅
  • Isi maklumat permohonan dengan tepat & betul ✅
  • Sertakan bersama dokumen sokongan yang diperlukan ✅

SYARAT KELULUSAN STR 2026

Untuk lulus permohonan Bantuan STR 2026, pastikan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

Kelayakan Kategori Isi Rumah :

SYARATISI RUMAH
B40
ISI RUMAH
M40
Warga
negara
MalaysiaMalaysia
UmurTiada hadTiada had
Status
Perkahwinan
Kahwin (ada / tiada anak)
atau
Balu / cerai (ada anak)
Kahwin (ada / tiada anak)
atau
Balu / cerai (ada anak)
Kadar
Pendapatan
Bawah RM2,500RM2,501 – RM5,000

Kelayakan Kategori Bujang :

SYARATBUJANGBUJANG
(WARGA EMAS)
Warga
negara
MalaysiaMalaysia
Umur21 – 59 tahun60 tahun & ke atas
Status
Perkahwinan
Bujang / Balu /
Duda / Janda
Bujang / Balu /
Duda / Janda
Kadar
Pendapatan
Bawah RM2,500Bawah RM5,000

SEMAKAN KELULUSAN STR 2026

Sila klik pada link laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 di bawah dan ikuti panduan semakan kelulusan permohonan seperti berikut :

LAMAN WEBLINK
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Halaman utama Laman Web STR 2026 akan dipaparkan.
  2. Bagi yang telah daftar akaun baharu, terus klik butang [Log Masuk].
  3. Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] pada ruang yang disediakan.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  5. ‘Kata Kunci Keselamatan’ akan dipaparkan.
  6. Jika kata kunci tersebut betul, klik butang [Ya].
  7. Masukkan [Kata Laluan] yang telah disetkan dengan betul.
  8. Klik pada butang [Log Masuk].
  9. Dashboard MySTR akan dipaparkan.
  10. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  11. Status pemohon akan dipaparkan :
    • “Permohonan Diterima”.
  12. Selesai.

KADAR BANTUAN STR 2026

Kadar bayaran Bantuan STR bagi tahun 2026 adalah bergantung kepada katagori penerima dan berdasarkan bilangan tanggungan penerima seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah B40 & M40 :
BIL.
TANGGUNGAN
ISI RUMAH B40ISI RUMAH M40
TiadaRM700
+RM1,200
RM200
+RM1,200
1 – 2 orangRM1,200
+RM1,200
RM450
+RM1,200
3 – 4 orangRM1,700
+RM1,200
RM700
+RM1,200
5 orang ke atasRM2,200
+RM1,200
RM950
+RM1,200
*Tambahan (+) di atas adalah merupakan Bantuan SARA yang akan diberikan kepada setiap penerima STR. Bagi isi rumah yang menerima STR dan daftar eKasih pula akan menerima tambahan SARA sebanyak RM2,400.
  • Kategori Bujang :
BIL.
TANGGUNGAN
BUJANG
21 – 59 TAHUN
BUJANG
60 TAHUN KE ATAS
TiadaRM0
+RM600
RM600
+RM600
*Tambahan (+) di atas adalah merupakan Bantuan SARA yang akan diberikan kepada setiap penerima STR. Bagi bujang (21 – 59 tahun) yang berdaftar eKasih akan menerima tambahan SARA sebanyak RM1,200 dan bujang (60 tahun ke atas) pula akan terima tambahan SARA sebanyak RM1,800.

CARA TERIMA BANTUAN STR 2026

Apabila permohonan diluluskan, penerima akan menerima bayaran Bantuan STR secara ansur selamat empat (4) fasa melalui cara berikut :

  • Penerimaan Secara Tunai Di Kaunter BSN :
    • Penerima yang tiada maklumat akaun, penerima status ‘gagal kredit’ dan penerima di pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akses akaun bank akan menerima bayaran Bantuan STR secara tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau mana-mana kaunter yang bersesuaian.
  • Penerimaan Secara Automatik Melalui Akaun Bank :
    • Penerima yang ada akaun bank serta mendaftarkan nombor akaun tersebut dalam permohonan STR akan menerima bayaran secara automatik dalam akaun bank melalui sistem IBG Fund Transfer.

RUJUKAN LANJUT

Sumber rujukan dalam artikel ini adalah daripada Laman Rasmi STR yang dirujuk dan tulis kembali bagi memudahkan carian orang ramai berkaitan Bantuan STR 2026. Namun, sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, sila rujuk :

Leave a Comment