SEMAKAN KELAYAKAN STR TAMBAHAN : SEMAK STATUS 2026 SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BANTUAN TAMBAHAN

SEMAKAN KELAYAKAN STR TAMBAHAN : SEMAK STATUS 2026 SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BANTUAN TAMBAHAN

Bagi menyokong rakyat untuk menghadapi cabaran kos sara hidup, Kerajaan Malaysia memperuntukan sebanyak RM15 billion untuk disalurkan kepada 9 juta rakyat melalui bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bersama dengan bayaran Bantuan Tambahan yang bernilai sehingga RM4,600 setahun.

Bagaimanakah semakan kelayakan STR Tambahan? Ikuti panduan lengkap dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : TARIKH PENGKREDITAN DUIT DALAM IC : SEMAK STATUS BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH

JUMLAH BAYARAN STR TAMBAHAN

Bantuan Tambahan akan dibayar kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan jumlah yang berbeza berdasarkan kelayakan dan kategori penerima Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang seperti berikut :

  • Bayaran Tambahan Kepada Penerima STR Asas :
    • Penerima STR Asas adalah merujuk kepada penerima yang berpendapatan B40 dan M40 yang tidak tersenarai dalam rekod data e-Kasih.
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN STR
TAMBAHAN
Isi Rumah B40RM100 sebulan
(RM1,200 setahun)
Isi Rumah M40RM100 sebulan
(RM1,200 setahun)
Warga EmasRM50 sebulan
(RM600 setahun)
BujangRM50 sebulan
(RM600 setahun)
  • Bayaran Tambahan Kepada Penerima STR Miskin :
    • Penerima STR Miskin adalah merujuk kepada penerima yang berpendapatan bawah garis kemiskinan serta tersenarai dalam rekod data e-Kasih.
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN STR
TAMBAHAN
Isi Rumah B40RM200 sebulan
(RM2,400 setahun)
Warga EmasRM150 sebulan
(RM1,800 setahun)
BujangRM100 sebulan
(RM1,200 setahun)

CARA BAYARAN STR TAMBAHAN

Cara pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan Bantuan Tambahan adalah berbeza bertujuan untuk memudahkan penerima menerima dan menggunakan bantuan. Berikut adalah dua (2) perbezaan cara bayaran bantuan :

JENIS BANTUANCARA BAYARAN
Bantuan STRDibayar secara tunai melalui akaun bank
penerima atau melalui kaunter Bank
Simpanan Nasional (BSN) berperingkat
selama empat (4) fasa
Bantuan TambahanDibayar secara tanpa tunai (cashless)
melalui Kad Pengenalan penerima
setiap bulan dan boleh guna untuk beli
barang keperluan asas

SYARAT KELAYAKAN STR TAMBAHAN

Untuk memastikan Bantuan Tambahan benar-benar sampai kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Kerajaan menetapkan syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Kelayakan Penerima STR Asas :
SYARATKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
KategoriIsi Rumah, Warga Emas
dan Bujang
Kadar
Pendapatan
Bawah RM2,500 atau
Sehingga RM5,000 sebulan
Status STRLulus Permohonan STR
Status e-KasihTidak tersenarai dalam rekod
  • Kelayakan Penerima STR Miskin :
SYARATKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
KategoriIsi Rumah, Warga Emas
dan Bujang
Kadar
Pendapatan
Bawah garis kemiskinan semasa
(PGK)
Status STRLulus Permohonan STR
Status e-KasihTersenarai dalam rekod data e-Kasih

SEMAKAN KELAYAKAN STR TAMBAHAN

Bagaimanapun, status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Bantuan Tambahan boleh disemak secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi seperti di bawah berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Di halaman utama Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sila klik [Log Masuk].
  3. Isikan ruangan tersebut dengan Nombor Kad Pengenalan anda.
  4. Terus klik pada butang [Semak].
  5. ‘Kata Kunci Keselamatan’ akan dipaparkan nama anda.
  6. Jika ianya betul, sila klik pada butang [Ya].
  7. Masukkan Kata Laluan mengikut yang anda telah ciptakan.
  8. Setelah itu, terus klik butang [Log Masuk].
  9. Dashboard / Papan Pemuka STR akan dipaparkan.
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan STR dan Tambahan (SARA) akan dipaparkan.
  12. Selesai.

*Nota Penting : Sebelum membuat semakan kelayakan (seperti di atas), penerima / pemohon perlu mendaftar akaun STR yang baharu walaupun sudah mempunyai akaun sedia ada.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment