SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM200 SETIAP BULAN DALAM MYKAD

SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM200 SETIAP BULAN DALAM MYKAD

Kini, ketua-ketua isi rumah yang berkelayakan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM200 setiap bulan dalam MyKad boleh terus menggunakannya untuk pembelian barang keperluan asas harian untuk seisi keluarga di mana-mana 10,000 kedai yang terpilih seluruh Malaysia.

Bagaimanakah semakan kelayakan penerima Bantuan RM200 setiap bulan dalam MyKad? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN CIKGU COS 2026 : myPDPP

KEGUNAAN BANTUAN RM200 SETIAP BULAN DALAM MYKAD

Bantuan RM200 setiap bulan dikreditkan dalam MyKad adalah khusus untuk digunakan bagi pembelian barang keperluan asas seperti berikut :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman.
  • Makanan dalam tin.
  • Makanan sejuk beku.
  • Bahan perasa.
  • Produk penjagaan diri.
  • Ubat-ubatan.
  • Barangan persekolahan.
  • Produk kebersihan rumah.

TARIKH KREDIT BANTUAN RM200 SETIAP BULAN DALAM MYKAD

Setiap bulan Bantuan RM200 akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak pada tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti berikut :

TARIKH KREDITJUMLAH BANTUAN
9 Januari 2026RM200
1 Februari 2026RM200
1 Mac 2026RM200
1 April 2026RM200
1 Mei 2026RM200
1 Jun 2026RM200
1 Julai 2026RM200
1 Ogos 2026RM200
1 September 2026RM200
1 Oktober 2026RM200
1 November 2026RM200
1 Disember 2026RM200

CARA GUNA BANTUAN RM200 SETIAP BULAN DALAM MYKAD

Hanya penerima yang disahkan layak boleh menggunakan Bantuan RM200 setiap bulan dalam MyKad untuk pembelian barang keperluan asas seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran anda.
  2. Pilih barang keperluan berdasarkan kategori yang diluluskan.
    • *Pastikan tidak melebihi RM200.
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima.
  4. Juruwang akan imbas setiap barang yang dipilih.
  5. Bayaran akan disahkan menggunakan MyKad anda.
  6. Resit pembelian akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM200 SETIAP BULAN DALAM MYKAD

Bantuan RM200 setiap bulan hanya dikreditkan kepada mereka yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

KRITERIAKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
Had Umur18 tahun dan ke atas
KategoriKetua Isi Rumah
Status PerkahwinanBerkahwin
atau
Balu / duda / janda (ada anak)
Kadar PendapatanPendapatan bawah garis
kemiskinan (tersenarai dalam
rekod data e-Kasih)
Permohonan STR 2026Lulus

SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM200 SETIAP BULAN DALAM MYKAD

Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan RM200 dalam MyKad, sila ikuti panduan semakan yang lengkap di laman web rasmi seperti di bawah :

  1. Layari laman web rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/ms/.
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian ‘Semak Kelayakan’.
  4. Masukkan Nombor MyKad* anda.
    • *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 900430112345.
  5. Klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status kelayakan penerima Bantuan SARA Bulanan akan dipaparkan.
  7. Selesai.

**Contoh paparan status penerima yang layak :

Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM)200.00

INFO LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/.

Leave a Comment