SEMAKAN E KASIH SARA : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN DALAM MYKAD
40,000 rakyat Malaysia yang tersenarai dalam Sistem eKasih akan menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima yang layak secara automatik setiap bulan.
Bagaimanakah semakan e kasih sara? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: MY SARA SEMAKAN 2026 : STATUS KELAYAKAN BAYARAN BULANAN
SYARAT KELAYAKAN E KASIH SARA 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026, terdiri daripada :
| JENIS SARA | KELAYAKAN |
|---|---|
| SARA EKASIH | Warganegara Malaysia; Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
CARA PELAKSANAAN E KASIH SARA 20026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026 akan dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak seperti berikut :
| KAEDAH PEMBAYARAN | MEDIUM PEMBAYARAN |
|---|---|
| Tanpa tunai (cashless) | MyKad (Kad Pengenalan) |
JUMLAH DUIT E KASIH SARA 2026
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH |
|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan (Total Setahun : RM2,400) |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan (Total Setahun : RM1,800) |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan (Total Setahun : RM1,200) |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN E KASIH SARA 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| JENIS SEMAKAN | PAUTAN |
|---|---|
| Semakan Status Pendaftaran eKasih | https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx |
| Semakan Status Kelayakan SARA | https://sara.gov.my/ |
Cara Semakan Status Pendaftaran eKasih :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
- Kemudian, anda akan dibawa ke Halaman utama Portal Pangkalan Data Kemiskinan Nasional.
- Masukkan 12 Digit [Nombor Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
- Nombor Kad Pengenalan yang diisi tanpa (-).
- Masukkan Kod Kaptcha yang diberikan di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang [Klik Untuk Carian].
- Maklumat Status Pendaftaran anda akan dipaparkan seperti berikut :
- Disahkan – Telah dibanci;
- Disemak – Dalam proses banci;
- Ditolak – Tidak layak dibanci; atau
- Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru;
- Selesai.
Cara Semakan Status Kelayakan SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 200.00
- Selesai.
TARIKH PENGKREDITAN DUIT E KASIH SARA 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026 akan dikreditkan kepada penerima yang layak setiap bulan selama 12 bulan seperti berikut :
| TARIKH PENGKREDITAN | TARIKH AKHIR / LUPUT KREDIT |
|---|---|
| 09/01/2026 01/02/2026 01/03/2026 01/04/2026 01/05/2026 01/06/2026 01/07/2026 01/08/2026 01/09/2026 01/10/2026 01/11/2026 01/12/2026 | 31/12/2026 |
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026